SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk menjual baki dos bekalan vaksin program Vaksin Selangor (SelVax) Industri yang belum terjual sekiranya terdapat permintaan daripada negeri atau negara yang menghadapi kekurangan bekalan vaksin COVID-19.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun demikian, kerajaan negeri akan melengkapkan permohonan rakyat yang ingin mendapatkan dos penggalak terlebih dahulu.
"Kita dapat jaminan daripada pihak pembekal bahawa vaksin ini bertahan dalam tempoh tiga tahun daripada pembelian yang kita (kerajaan negeri) buat. Justeru kita percaya, dalam proses tersebut kita boleh habiskan bekalan SelVax itu.
"Dari semasa ke semasa, kerajaan negeri memikirkan untuk jual ataupun simpanan ini (baki vaksin SelVax) disediakan kepada rakyat jika memerlukan, melihat perkembangan terkini dengan turun naik penularan kes baharu COVID-19," katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Amirudin menjawab soalan tambahan R Rajiv (PH-Bukit Gasing) yang ingin tahu rancangan kerajaan negeri untuk menghabiskan baki dos vaksin program SelVax Industri yang belum dijual.
Mengenai bilangan vaksin yang dibeli oleh kerajaan negeri yang masih belum dijual berkata sehingga 1 November lepas, baki dos vaksin yang diperuntukkan kepada SelVax Industri yang masih belum dijual adalah sebanyak 537,045 dos.
Amirudin juga memaklumkan pinjaman bekalan vaksin Selangor kepada Pulau Pinang tidak berlaku sekali gus tidak wujud isu pulangan balik vaksin.
"Kita telah bersetuju untuk pinjaman tersebut tapi pada masa sama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah menawarkan (bekalan) pada kerajaan Pulau Pinang, jadi pinjaman itu tidak dilaksanakan...tidak berlaku," katanya menjawab soalan tambahan Dr Daroyah Alwi (Bersatu-Sementa) yang ingin mengetahui status pinjaman vaksin kepada Pulau Pinang, sama ada telah dipulangkan semula atau tidak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
AMIRUDIN: Kita dapat jaminan daripada pihak pembekal bahawa vaksin ini bertahan dalam tempoh tiga tahun daripada pembelian yang kita (kerajaan negeri) buat. - Bernama
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Hukuman gantung lelaki bunuh, tidur bersama mayat rakan, diganti penjara 30 tahun
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Seorang pekerja rencam yang didapati bersalah membunuh rakannya dan tidur bersama mayat mangsa selama empat hari terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini, menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap lelaki itu dengan penjara 30 tahun.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat
Pelaksanaan kelas terampung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
MINDEF, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu tabung khas ‘Tabung Tragedi Lumut 24’ bagi memudahkan warga ATM serta orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepada waris keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, 23 April lepas.
Konflik Gaza perlukan kerjasama dunia
Ketegangan konflik Gaza jadi tumpuan hari terakhir WEF di Riyadh, Arab Saudi.
Rampasan 30 kg ganja, lebih 1 tan daun ketum
Polis Perlis menumpaskan kegiatan penyeludupan ganja dan daun ketum dengan merampas 30kg ketulan mampat dadah jenis ganja bernilai RM93,000 dan daun ketum seberat 1.02 tan bernilai RM10,200.
LBS akhiri kempen tawar hadiah RM1.5 juta buat 1,400 pembeli
LBS mengakhiri kempen Fabulous Extra dengan hadiah RM1.5 juta terdiri daripada Perodua Axia, motosikal, set teater rumah dan basikal gunung buat 1,400 pembeli bertuah.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.