PUTRAJAYA: Semua projek di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT) akan diteruskan buat masa ini.
Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, ia termasuk projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah beberapa kali mengalami perubahan.
“Pendekatan kerajaan ialah projek yang sedang dilaksanakan akan diteruskan, dan saya rasa projek yang sedang berjalan kalau telahpun bermula, tidak ada masalah untuk kita teruskan.
“Itu secara umumlah, kita belum lagi meneliti secara terperinci.
"Saya tahu sebagai Menteri Pengangkutan, salah satu projek utama adalah membabitkan ECRL,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
MoT juga, katanya, akan melihat keperluan semasa membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ditambah baik.
Jelasnya, ia termasuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dilihat perlu dipertingkatkan kapasiti penggunaannya memandangkan ia antara pengangkutann awam yang menjadi pilihan utama warga kota.
Malah, katanya, kesesakan yang dialami pengguna yang menggunakan LRT sudah mencapai tahap kritikal berdasarkan pemantauan dilakukannya semalam.
Justeru, MoT akan melihat bentuk bantuan yang diperlukan Prasarana Malaysia Berhad untuk meningkatkan jumlah perjalanan LRT ketika ini.
“Saya bercadang berjumpa mereka dalam minggu ini untuk mendengar perancangan dan taklimat berkenaan apa yang sedang dirancang dan ingin dilaksanakan.
“Apa yang kita harap ialah menambah kekerapan tren. Tetapi untuk menambah kekerapan tren ada cabaran teknikal.
"Adakah kita ada sistem boleh menghadapi frekuensi yang lebih kerap dan sebagainya,” katanya lagi.
Bagi tujuan itu tambah beliau MOT akan melihat bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada Prasarana bagi merealisasikan jumlah kekerapan perkhidmatan seperti yang diperlukan ketika ini.
Jelas Anthony, penambahan kekerapan perkhidmatan tren itu menjadi fokus utamanya, terutama ketika menjelang waktu puncak.
“Seperti yang saya tengok semalam, kekerapan tren setiap 5 minit, tetapi ada kalanya tren tergendala.
"Umpamanya semalam, pada pukul 6 (petang) ada satu stesen tergendala kerana ada satu tren terpaksa dibawa ke stesen secara manual,” jelasnya.
Malah, menurutnya, ada ketika tren terpaksa berhenti di atas platform disebabkan masalah teknikal dan ia memberi kesan kepada pengguna.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Dec 06 2022
ANTHONY LOKE: Pendekatan kerajaan ialah projek yang sedang dilaksanakan akan diteruskan, dan saya rasa projek yang sedang berjalan kalau telah pun bermula, tidak ada masalah untuk kita teruskan. -Astro AWANI
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula Feb 2024
Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Feb 2024.
Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.
Koc tren LRT khas 'Cerita Malaysiaku' rai Hari Malaysia
Tren Cerita Malaysiaku dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.
Warga kota disaran naik LRT, MRT sambut Ambang Merdeka di KLCC
Selain LRT KLCC, pengguna boleh menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.
Rapid Bus, DBKL laksana projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang mulai Isnin
Rapid Bus dengan kerjasama DBKL akan melaksanakan projek percubaan lorong bas bermula dari persimpangan Jalan Rhu sehingga ke persimpangan Jalan Tun Razak, di Jalan Ampang, di sini mulai 3 Julai ini.