KOTA KINABALU: Catuan bekalan elektrik terpaksa dilakukan secara bergilir-gilir bermula semalam di beberapa kawasan di negeri ini, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini.
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan SESB Adrian Leo Mosigil berkata antara kawasan berkenaan ialah bandar raya ini, Sandakan, Tawau, Semporna, Kinabatangan, Papar, Tuaran dan Sipitang.
Beliau berkata catuan terbabit berlaku tanpa notis awal disebabkan kerosakan tidak dijangka pada satu set janakuasa milik stesen janakuasa bebas (IPP) di Kimanis yang menyebabkan Sistem Grid Sabah kehilangan 95 megawatt (MW).
"SESB berharap set jana kuasa milik IPP berkenaan akan dapat diperbaiki sebelum waktu beban puncak pada hari ini (27 Mac) bagi memastikan Sistem Grid Sabah mempunyai margin tenaga yang mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata cuaca panas kebelakangan ini telah memberikan kesan yang signifikan terhadap penggunaan tenaga elektrik di seluruh Sabah dan Labuan.
"Oleh itu SESB meramalkan bahawa penggunaan tenaga elektrik akan tetap tinggi hingga Khamis (28 Mac) ini. SESB telah merekodkan penggunaan tenaga elektrik tertinggi pada 26 Mac iaitu sebanyak 1,128MW.
"Secara kebiasaannya, penggunaan tenaga elektrik akan meningkat kira-kira 2 petang hingga 8 malam sahaja," katanya.
Sementara itu, SESB menerusi laman Facebook memaklumkan berlaku kekurangan penjanaan elektrik hari ini iaitu kapasiti 1,073MW berbanding permintaan waktu puncak diramal 3 petang ini pada 1,118MW.
"Oleh itu beberapa kawasan akan mengalami gangguan bekalan elektrik ekoran catuan dilaksanakan pada 2 hingga 4 petang ini serta 6 petang hingga 8 malam ini di beberapa daerah," menurut SESB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Catuan terbabit berlaku tanpa notis awal disebabkan kerosakan tidak dijangka pada satu set janakuasa milik stesen janakuasa bebas (IPP) di Kimanis yang menyebabkan Sistem Grid Sabah kehilangan 95 megawatt (MW). - Gambar hiasan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
ESSCOM tahan 37 individu dalam operasi bersepadu di Kalabakan
Sebanyak 37 individu ditahan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi Pos Pemeriksaan Darat (RCP) di bawah ESSCOM.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif