SHAH ALAM: Dakwaan yang mengaitkan Perikatan Nasional (PN) dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan itu juga mampu menimbulkan perasaan kurang senang selain mempunyai unsur berbaur perkauman.
"Meletakkan stigma Islam itu agama pengganas atau pada pengertian ramai di Malaysia sebagai Taliban, mesti dihentikan. Kata-kata seperti 'ekstremis', 'dark ages', 'non-progressive' yang dikaitkan dengan kepemimpinan Islam amat menyinggung perasaan.
"Stigma Taliban dan gelombang hijau, ini amat merbahaya kerana ia akan membenihkan rasisme dan merendahkan sesuatu kaum. Dalam jangka masa panjang ia tentu akan lebih merbahaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada persidangan Armada dan Srikandi BERSATU di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal menegaskan, PN bukanlah parti politik rasis dan ektremis yang didakwa pihak lawan.
Sebaliknya tegas Ahmad Faizal, PN tetap meletakkan rakyat sebagai keutamaan yang boleh dilihat sewaktu pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
"Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum atau agama. Rekod PN menunjukkan negara tidak mengalami masalah untuk memperbaiki keruncingan ekonomi.
"Sejurus pasca COVID-19, PN sudah berjaya meletakkan ekonomi negara di kedudukan yang kukuh walaupun mengalami pelbagai kesukaran," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga merupakan Pengerusi PN Negeri Sembilan menyatakan, Bersatu kini juga semakin diterima dalam kalangan rakyat berbanding UMNO.
"Maka, apabila Bersatu bergabung dengan Pas, Perikatan Nasional (PN) terus menjadi wadah perjuangan utama bagi umat Melayu di Malaysia.
"(Susulan sokongan kuat yang diberikan) musuh-musuh politik PN sebolehnya mahu menggagalkan kerjasama ini," ujarnya.
Hilmi Malik
Thu Nov 23 2023
Ahmad Faizal menyatakan, Bersatu kini juga semakin diterima dalam kalangan rakyat berbanding UMNO. - Gambar Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.