KOTA BHARU: Kerajaan akan memuktamadkan keputusan mengenai kuota, prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penghantaran jemaah Malaysia mengerjakan umrah, November ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah sehari oleh kerajaan Arab Saudi.
"Kerajaan pada hujung tahun ini akan memutuskannya... saya difahamkan bulan 11 final tentang bagaimana mekanisme untuk menghantar jemaah umrah... termasuk mengizinkan pihak tertentu menjalankan operasi bawa jemaah.
"Kuota bergantung kepada Arab Saudi... kalau dah bagi 100,000 sehari... itu jumlah besar dan kita akan mematuhi apa yang dtetapkan oleh Arab Saudi, barangkali ada pecahan untuk Asia dan itulah yang kita akan bincangkan," katanya.
BACA: Kapasiti jemaah umrah dinaikkan kepada 100,000 sehari bermula hari ini
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berhubung kapasiti harian bagi jemaah umrah yang dinaikkan kepada 100,000 bermula 1 Oktober lalu.
Selain itu bilangan had solat fardhu berjemaah di masjid juga dinaikkan kepada 60,000 orang pada satu-satu masa.
Ahmad Marzuk ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Bharu di sini pada Ahad.
Muhafandi Muhamad
Sun Oct 03 2021
Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata perkara berkenaan akan dibincangkan dengan mendalam susulan kebenaran kuota 100,000 jemaah oleh kerajaan Arab Saudi. - Gambar fail/ Reuters
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Tipu jemaah umrah: KPDN heret syarikat pelancongan ke mahkamah
Notis pendakwaan telah diserahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Putrajaya itu selepas KPDN melengkapkan siasatan terhadap 88 kertas siasatan yang telah dibuka.
Sabri Yunus, Angeline Tan ke Tanah Suci tunai umrah
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, bersama isteri, Angeline Tan, 56, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
MOTAC semak semula kelayakan agensi pelancongan urus umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Anwar berlepas dari Riyadh ke Jeddah
Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikah umrah bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tanah suci Makkah.
Jangan mudah terpedaya tawaran pakej umrah terlalu murah - Mohd Na'im
Pihak yang berhasrat menunaikan umrah perlu terlebih dahulu menyemak latar belakang agensi pilihan di platform yang disediakan MOTAC.