Seorang pemimpin tertinggi UMNO akan dipanggil ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan.
Beliau adalah menteri kanan di dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, pemimpin itu dipanggil bagi membantu suruhanjaya tersebut dalam penyiasatan dakwaan kes penyelewengan dana yayasan.
Beliau berkata demikian bagi mengesahkan laporan Sinar Harian kelmarin mengenai kes penyelewengan itu.
“Memang ada seorang pemimpin tinggi UMNO sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit atau memberi maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan.
Sumber yang boleh dipercayai bagaimanapun memberitahu, pemimpin itu adalah antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tinggi pada pemilihan UMNO hari ini.
Beberapa jawatan tertinggi parti itu akan melihat pertandingan dalam kalangan pemimpin kanan.
Lima individu disenaraikan bertanding untuk jawatan Presiden UMNO yang dikosongkan Najib selepas BN tumbang kepada Pakatan Harapan pada PRU14.
Mereka ialah pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@ Jamaluddin.
Jawatan Timbalan Presiden ditandingi oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan yang juga bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Untuk memberi tumpuan kepada kepentingan parti, Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) semalam, mengumumkan menarik diri bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).
Bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.
Ismail Sabri, Mohamed Khaled, Mahdzir, Tajuddin dan Johari ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Sinar Harian, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang daripada pemimpin tinggi UMNO menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana beliau menjadi pengerusi.
Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.
SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.
Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.
Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.
Menurut sumber itu lagi, pada masa sama, SPRM juga menyiasat kes penyelewengan dana dan salah guna kuasa beberapa tokoh politik, termasuk beberapa bekas menteri dan ketua bahagian parti.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan nama mereka yang disyaki terlibat.
Sinar Harian
Sat Jun 30 2018
Muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan berita eksklusif mengenai penyelewengan wang milik sebuah yayasan.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.
"Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama" - PM Anwar
Perangi rasuah kerana mahu membersihkan negara daripada perompak-perompak besar, tegas Perdana Menteri.
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng
Rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan.
Perhimpunan Kebangsaan Ecuador mulakan prosiding pemecatan Presiden
Lasso dituduh dengan sengaja mengabaikan dakwaan rasuah melalui kontrak kerajaan kepada syarikat minyak swasta.
KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu
KPDN bongkar aktiviti seleweng diesel bersubsidi di kawasan perlombongan pasir
Hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sembilan tong drum berisi minyak disyaki diesel dengan anggaran sebanyak 1,800 liter.
KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.