COLOMBO: Menteri Kesihatan Sri Lanka Keheliya Rambukwella pada Isnin berkata beliau telah melantik jawatankuasa lima anggota untuk menjalankan siasatan penuh ke atas kematian yang berlaku di hospital kerajaan baru-baru ini, lapor Xinhua.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa kematian dilaporkan berlaku di hospital kerajaan Sri Lanka, yang didakwa berpunca daripada ubat yang tidak memenuhi piawaian kesihatan.

Rambukwella memberitahu wartawan di sini bahawa jawatankuasa itu, yang diketuai oleh Chandima Jeewandara dari Universiti Sri Jayewardenepura, terdiri daripada pakar yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang luas tentang perubatan dan kejururawatan, serta alahan.

Menteri itu menambah bahawa laporan yang disediakan oleh jawatankuasa itu akan membantu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini.

-- BERNAMA