BANTING: Pengorbanan seorang abang tidak menyambung pelajaran demi memberi peluang adiknya meneruskan persekolahan berbalas, apabila anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Muhammad Shahrul Nizam, 19, berkata, pengorbanan abang sulungnya amat dihargai kerana sanggup membantu ibu, Rahimah Osman, 40, dan ayah, Mustapha Salleh, 58, berniaga walaupun dia sendiri mampu menjadi pelajar cemerlang.
“Kejayaan saya hari ini adalah hasil pengorbanan ayah yang bekerja sebagai peniaga pakaian di pasar malam dan abang yang tidak meneruskan pelajarannya selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk membantu keluarga," katanya.
Muhammad Shahrul berkata, dia bercita-cita menjadi guru namun tidak berhasrat menyambung pengajian ke luar negara walaupun berpeluang untuk mendalami bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir.
"Saya akan melanjutkan pelajaran saya insya-ALLAH di universiti dalam negara sahaja kerana dapat membantu keluarga apabila cuti semester," katanya.
Muhammad Shahrul merupakan pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis memperoleh keputusan 10 Mumtaz (cemerlang) bagi STAM diumumkan pada Isnin.
Selain Muhammad Shahrul seorang lagi pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, Muhammad Zaurein Rosman, 19, juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10 Mumtaz (cemerlang) dalam STAM.
Menceritakan rahsia kejayaannya, anak kepada pasangan Rosman Boyamin, 50-an dan Norsahanah Sani, 40-an itu berkata, fokus kepada pelajaran menjadi kunci kejayaannya meraih keputusan cemerlang.
“Syukur, Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh keputusan Mumtaz untuk peperiksaan ini. Ini adalah hadiah untuk ibu bapa dan adik-beradik saya,” kata anak ketiga dari empat beradik itu.
Muhammad Zaurein berkata, kejayaan itu juga diperoleh kerana patuh dengan nasihat serta pesanan ayah yang mahu dirinya mengutamakan solat, membaca al-Quran dan sentiasa menjaga silaturahim dengan rakan-rakan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023
Muhammad Shahrul berkongsi kegembiraan dengan ibu dan bapanya. - Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Peperiksaan STAM 2023 bermula 2 Jan ini
Peperiksaan STAM akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.
STAM: Anak peniaga pasar malam cemerlang, balas pengorbanan abang
Anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Keputusan STAM diumum 18 April ini
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.
Keputusan STAM diumum Khamis depan
KPM menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada.
Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM
KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi SPM, STAM dan UBPA tahun 2021.
STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Format peperiksaan SPM 2020 kekal sama, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya
Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, standard sijil SPM yang dikeluarkan telah diiktiraf pakar tempatan dan antarabangsa.