KUALA LUMPUR: Sebanyak 85 peratus responden dalam kaji selidik #SuaraMalaysia menyatakan kos barangan makanan adalah yang paling dibimbangi ketika ini.

Menerusi kaji selidik Astro AWANI bertajuk 'Pantau Harga: Kos apa yang meresahkan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih responden.

Daripada keseluruhan 3,482 responden sehingga jam 7 malam Khamis, 12 peratus lagi menyatakan resah dengan kos perubatan, manakala tiga peratus responden resah dengan kos pengangkutan.

Mengangkat tema "Pantau Kerajaan Baharu" Pasca-PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis dan badan bukan kerajaan.

Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.

Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera setiap untuk mengakses soalan yang disediakan.