KUALA LUMPUR: Meskipun kadar inflasi bagi April dijangka meningkat ekoran kenaikan harga barang, ia masih dilihat rendah dan mampu dikawal kerajaan disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kawalan harga bahan mentah yang diwujudkan kerajaan juga berjaya menjadikan kadar inflasi di negara ini rendah iaitu sebanyak 2.2% pada Mac 2022.
"Di Amerika Syarikat (AS) kadar inflasi sudah mencapai 8.3% manakala United Kingdom mencecah 9%.
"Alhamdulillah oleh kerana kita ada kawalan harga dan subsidi, ini menjadikan kadar inflasi kita rendah, umpamanya subsidi untuk minyak masak, subsidi untuk gas.
“Subsidi untuk petroleum misalnya harga sebenar adalah lebih RM4, tetapi rakyat hanya bayar RM2.05 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel seliter," katanya majlis permeteraian kerjasama antara AirAsia Academy dengan MyDIGITAL Corporation bagi program meningkatkan kemahiran berkaitan digital- Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) untuk rakyat Malaysia, lapor Bernama.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 2.2% kepada 125.6 pada Mac 2022 berbanding 122.9 pada Februari, melebihi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 iaitu 1.9%.
Mengenai langkah melaksanakan subsidi bersasar, Mustapa berkata, perkara tersebut kini sedang diteliti lebih terperinci dan akan diumumkan pada masa yang akan ditentukan kelak.
Menurutnya, antaranya subsidi bersasar yang sudahkan dilaksanakan kerajaan adalah subsidi untuk mengerjakan ibadah Haji.
"Kerajaan sedar rakyat berasa tertekan dengan kenaikan harga oleh itu kerajaan telah menyediakan subsidi yg besar dan subsidi akan diteruskan, cumanya dari segi dasar kita telah buat keputusan untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar bagi golongan yang layak dan memerlukan," katanya.
Sementara, Mustapa memuji langkah yang diambil oleh AirAsia Academy untuk melatih rakyat Malaysia dengan menyediakan program kemahiran dan latihan semula bagi menambah baik kebolehpasaran mereka, prospek kemajuan kerjaya serta meningkatkan keupayaan untuk membangun, mereka bentuk dan menginovasi penyelesaian teknologi 4IR.
Kerjasama antara AirAsia Academy dengan MyDIGITAL Corporation itu adalah bertujuan untuk mempercepat literasi digital dalam kalangan pelajar dan menambah kemahiran semula bagi menyumbang kepada ekonomi digital negara yang semakin berkembang dan 4IR. - DagangNews
Dagang News
Wed May 25 2022
Meskipun kadar inflasi bagi April dijangka meningkat ekoran kenaikan harga barang, ia masih dilihat rendah dan mampu dikawal kerajaan. - Gambar hiasan
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pengapungan harga diesel mekanisme basmi ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Kerajaan akan melaksanakan pengapungan harga minyak diesel susulan penyasaran subsidi diesel sebagai salah satu mekanisme untuk membasmi aktiviti ketirisan melibatkan subsidi bahan api berkenaan yang
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan
Muhyiddin berkata, ramai yang mempersoalkan kesan penarikan balik subsidi diesel ke atas kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.