IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara itu berkata bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkenaan akan mengetuai kluster tersebut di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).
"Saya nanti tugaskan Syed Abu Hussin bantu dalam mesyuarat penyelarasan harga barang makanan, NACCOL ini, saya mengesahkan supaya dia akan mengepalai kluster yang akan tambah ikhtiar supaya Jualan Madani ini dapat kita tingkatkan di seluruh negara dan kena perluaskan dan kerapkan lagi," katanya ketika berucap selepas mengadakan lawatan pada program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di Padang Awam Klebang Restu di sini hari ini.
Dalam pada itu, ketika bercakap kepada media Syed Abu Hussin Hafiz berkata beliau bersedia menerima tanggungjawab tersebut termasuk bagi melaksanakan program jualan tersebut di seluruh negara.
Katanya, beliau berpandangan terdapat beberapa kaedah bagi menstabilkan harga barangan keperluan termasuk beras.
"Langkah paling awal ialah beras. Kemudian kita akan ikuti dengan barang-barang yang lain sebab beras sekarang dah kritikal.
"Jadi kalau saya ada peluang diberikan kuasa untuk saya menguruskan ini, insya-Allah kita akan tunjukkan kepada rakyat dan kita akan tunjukkan kepada kerajaan bahawa ada kaedah yang boleh dibuat untuk menstabilkan harga barang-barang makanan utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pelaksana Program Jualan Termurah Madani, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ketika menghadiri program tersebut di Padang Taman Klebang Restu hari ini. - Foto Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Tiada unsur pujukan, habuan untuk sokong Anwar - Syed Abu Hussin
Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan.
Saya sedia terima tanggungjawab bantu kerajaan tangani isu kos sara hidup - Syed Abu Hussin
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bersedia memikul tangungjawab membantu kerajaan dalam menangani soal kos sara hidup rakyat.
Syed Abu Hussin ketuai Jawatankuasa Tangani Harga Makanan di bawah NACCOL - PM
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup.
Syed Abu Hussin ulangi lapan Ahli Parlimen PN akan sokong PM Anwar
Syed Abu Hussin Hafiz mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Anwar.
Ahli Parlimen Bukit Gantang pula isytihar sokong PM
Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
PRU15: Jika parti tidak pilih, saya sedia tanding bebas - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin membayangkan kemungkinan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang atas tiket Bebas pada PRU15 nanti.
'Saya kekal bebas' - Ahli Parlimen Bukit Gantang nafi sertai PKR
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini menafikan laporan yang mengatakan beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengerusi PKR Perak dakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang sertai PKR
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas lebih setahun meninggalkan UMNO.