KUALA LUMPUR: Meskipun ibadah haji ditangguhkan dua kali akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia, Tabung Haji (TH) tetap meneruskan persiapan haji dengan mengambil kira situasi pandemik dan perkembangan semasa di Arab Saudi.
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perancangan dan persiapan itu telah dilaksanakan sejak musim haji 2020 sebagai usaha memastikan kelancaran urusan jemaah haji Malaysia ketika menunaikan Rukun Islam kelima itu.
Beliau berkata ia termasuk melaksanakan kursus haji kepada bakal jemaah secara dalam talian iaitu sebanyak 14 siri termasuk tambahan satu siri khusus menekankan prosedur operasi standard (SOP) baharu di Arab Saudi serta hukum hakam ibadat haji dalam suasana semasa penularan wabak COVID-19.
Katanya TH juga giat memastikan bakal jemaah mendapat vaksinasi masing-masing dan lengkap dos COVID-19 seperti yang dikehendaki Arab Saudi sebelum mereka dibenarkan memasuki tanah suci.
Selain itu TH juga telah melaksanakan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan pada tahun terdahulu yang menekankan istitha'ah atau kemampuan menunaikan haji dalam situasi wabak.
"Dalam muzakarah ini penting untuk kita memperhalusi dan memberi ketetapan ibadah haji dalam norma baharu dengan melihat kepada kekangan pergerakan dan terhalang semasa melaksanakan ibadah sekiranya berlaku penularan wabak semasa melaksanakan haji," katanya dalam temu bual bersama Bernama.
Syed Saleh berkata TH juga telah melaksanakan perjumpaan dengan pihak pengendali operasi di tanah air melibatkan stesen berlepas dan mengadakan bengkel bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapat panduan serta memastikan SOP petugas dan protokol kesihatan dijaga.
Beliau berkata pasukan kesihatan KKM akan ditempatkan di lapan stesen berlepas di Malaysia bagi memantau kesihatan jemaah sebelum berangkat ke tanah suci, selain TH juga akan menambah jumlah petugas kesihatan terutama pasukan kesihatan awam untuk ditempatkan di tiga lokasi utama iaitu di Jeddah, Madinah dan Mekah.
"Kebiasaannya pada musim haji sebelum ini, kita mempunyai 260 petugas perubatan daripada pelbagai kategori termasuk doktor pakar, jururawat dan ahli farmasi, namun disebabkan COVID-19, kita perlu menambah sekurang-kurangnya 30 lagi petugas kesihatan untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan jemaah haji," katanya.
Tambah beliau, langkah itu turut mengambil kira kemudahan isolasi di hotel penginapan, penyediaan peralatan perubatan seperti ventilator dan pakaian perlindungan diri (PPE) serta ubat-ubatan.
Malah sebagai persediaan, TH telah menjalankan perancangan senario dengan memperincikan tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat aktiviti haji di tanah air dan Tanah Suci dengan pelbagai senario yang mungkin dihadapi sepanjang operasi haji.
Petugas juga dibekalkan dengan latihan, ilmu dan persiapan mental secukupnya untuk menghadapi situasi norma baharu dalam menjaga nyawa jemaah haji, sekali gus bersedia menjadi petugas barisan hadapan apabila musim haji tiba.
"Sekiranya berlaku kes positif COVID-19 dalam kalangan jemaah haji Malaysia, pertamanya kita akan tertakluk kepada SOP daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan itu kita akan lihat apa SOP mereka berdasarkan perkembangan semasa COVID-19.
"Keduanya, kita perlu menilai jangkitan COVID-19 iaitu sekiranya pada tahap satu dan dua kita boleh kendalikan sendiri di hospital kita dahulu melainkan tahap empat dan lima yang memerlukan kemudahan di ICU, maka kita akan hantar ke hospital Arab Saudi," katanya.
Kos haji dijangka akan meningkat dengan sebahagian besar berkait rapat dengan penjarakan fizikal seperti had kapasiti bilik hotel dan bas, selain pergerakan jumlah jemaah di dalam Masjidil Haram yang turut dihadkan.
Beliau berkata ini berdasarkan kos berkaitan SOP norma baharu, kenaikan kos operasi dan kos-kos lain di Malaysia dan Arab Saudi.
"Saya lihat ini memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini sahaja jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, melibatkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan tawaf dan saie sahaja.
"Kos itu tidak termasuk kos penginapan hotel di Mekah dan Madinah serta makan minum, juga penerbangan dari Malaysia dan Arab Saudi, jadi bakal jemaah perlu bersedia dengan peningkatan kos ini," katanya. Sebagai perbandingan, bayaran haji pada 2019 ialah RM9,980 seorang untuk tempoh 40-45 hari,' katanya.
Beliau berkata dari segi perkhidmatan, bagi memudahkan para jemaah, TH juga akan melancarkan TH Hujjaj pada musim haji akan datang, iaitu aplikasi yang memuatkan pelbagai maklumat penting untuk jemaah haji membuat rujukan dan panduan mengenai ibadah haji, kesihatan dan waktu solat sekali gus melancarkan pengurusan jemaah.
Di samping itu platform e-Taib (Talian Ibadah-Pusat Panggilan) akan diteruskan bagi membolehkan jemaah haji mendapatkan penjelasan dan bimbingan kepada persoalan ibadah haji dengan pantas dan berkesan melalui aplikasi WhatsApp.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
TH telah menjalankan perancangan senario dengan memperincikan tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat aktiviti haji di tanah air dan di Tanah Suci. - AP
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.