LUMUT:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak yakin penambahan dua bot mampu memantapkan lagi operasi pasukan itu dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Pengarah APMM negeri Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata bot pemintas Benteng 1206 diterima pihaknya bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.
Beliau berkata penambahan aset dua bot itu amat diperlukan di perairan Perak terutama dalam memperkukuhkan penguatkuasaan dan menjadikan rutin rondaan secara menyeluruh lebih efektif selain mematahkan kegiatan melanggar undang-undang di laut dengan lebih pantas.
"Bot Benteng 1206 boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 60 knot. Bot ini digunakan untuk pintasan jika ada aduan mengenai sebarang kejadian di kawasan sempadan.
"Apabila kita dapat aduan di kawasan sempadan, kita akan mampu sampai ke lokasi dalam masa 60 minit," katanya dalam sidang media selepas melawat kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang awak-awak Myanmar di perairan Lumut di sini pada Rabu.
BACA: Nelayan dikhuatiri hilang di Pulau Talang
Shahrizan juga berkata bot Perkasa 1223 dilengkapi kabin yang mampu kekal di laut selama 24 jam dan akan memantapkan setiap operasi di laut dengan berkesan.
"Perkasa 1223 adalah bot laju yang sesuai untuk kawasan pesisiran. Kesemua bot ini memang diperlukan kerana mengikut rekod di Perak, kejadian bot nelayan Indonesia menceroboh dan gangguan pihak penguat kuasa asing banyak berlaku," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, APMM Perak termasuk Zon Maritim Kuala Kurau mempunyai 13 bot peronda dan pemintas bagi operasi penguatkuasaan.
BACA: Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Mengulas operasi SAR itu, Shahrizan berkata pasukan mencari belum menemui sebarang petunjuk kepada Nai Mon Chan, 26, yang dikhuatiri lemas selepas bot nelayan tempatan dinaiki mangsa bersama dua lagi rakannya berlanggar dengan kapal TB Glory 3 di perairan tersebut awal pagi semalam.
Katanya kawasan operasi telah diperluas sehingga 104.48 batu nautika persegi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Penambahan aset amat diperlukan di perairan Perak terutama dalam memperkukuhkan penguatkuasaan dan menjadikan rutin rondaan secara menyeluruh lebih efektif. - Gambar hiasan

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

AWANI Ringkas: MIC bincang isu kerjasama dengan Bersatu & PN

Warga tempatan dalangi penyeludupan manusia dan barangan haram - APMM
Meskipun keluasan perairan negara menjadi cabaran, ia sama sekali tidak mematahkan semangat anggota APMM untuk terus menyumbang bakti kepada negara.

Tambahan bot pemintas, peronda bantu mantapkan tugas APMM di perairan Perak
Bot pemintas Benteng 1206 diterima APMM Perak bulan lepas manakala bot peronda Perkasa 1223 pada awal tahun ini.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Op Benteng: Penceroboh semakin berani, tidak endah arahan pengusiran
Ketika menghampiri perairan Pulau Jarak kira-kira 2.0 batu nautika, radar berjaya mengesan kira-kira 40 buah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia.

Pelbagai agensi terlibat operasi pembersihan tumpah minyak di Tanjung Tuan
Pelbagai agensi dan jabatan di Melaka digerakkan bagi membantu operasi pembersihan susulan insiden tumpahan minyak di Tanjung Tuan di sini hingga ke Teluk Kemang, Negeri Sembilan, pada Isnin lepas.

Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan karam ditemukan
Seorang daripada empat mangsa dua bot nelayan yang karam pada Khamis lepas di perairan Selangor ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

APMM Bintulu selamatkan 8 kru kapal kargo dipukul ribut
APMM menyelamatkan lapan kru sebuah kapal kargo yang hampir karam akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 17 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu hari ini.

Enam bot nelayan tenggelam, 16 kru selamat
16 kru bot nelayan yang dipercayai warga Myanmar dilaporkan selamat.

Tiada kompromi bagi anggota APMM babit dengan tali barut
Sehingga ini tiada aduan mengenai pembabitan anggotanya membocorkan maklumat mengenai pengoperasian APMM di sesuatu lokasi tertentu.

Dua lelaki ditahan cuba rasuah pegawai APMM untuk lepaskan PATI
Dua lelaki Myanmar cuba merasuah pegawai sebanyak RM25,000.