KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, mendedahkan lebih 100 kejadian hakisan tanah yang serius dilaporkan berlaku di dalam kawasan Parlimen berkenaan, tahun lalu.
Malah katanya, kejadian tanah runtuh di Bukit Tunku berhampiran Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada Selasa, turut berlaku di dalam kawasan Parlimen itu.
Justeru beliau meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperkasakan Unit Kejuruteraan Cerun untuk meneliti setiap aduan oleh penduduk.
“Tahun lepas melebihi 100 (kejadian hakisan tanah), saya bukan pakar tapi saya difahamkan kita perlu banyak tenaga pakar membantu Unit Kejuruteraan Cerun DBKL.
“Saya minta Datuk Bandar Kuala Lumpur memperkasakan Unit Kejuruteraan Cerun DBKL kerana kes banyak... kemungkinan besar sumber manusia mungkin tidak cukup untuk membantu.
“Saya ada bangkitkan hal ini di Parlimen tahun lepas. Kita banyak tanah berbukit di Segambut dan Lembah Pantai, sebab itu kita ada banyak kes seperti ini.
“Saya minta DBKL aduan hakisan tanah diteliti, ini cukup penting berdasarkan trend tahun lepas banyak kawasan Parlimen Segambut mengalami tanah runtuh,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.
BACA: Tanah runtuh Bukit Tunku: Masih berlaku runtuhan kecil, pertimbang tanam cerucuk besi
Tambah Hannah, penduduk di kawasan Parlimen itu diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan, serta membuat aduan sekiranya berlaku hakisan tanah berhampiran kediaman mereka.
“Dalam keadaan cuaca seperti ini... panas di tengah hari dan ribut pada waktu malam, saya minta semua penduduk berjaga-jaga, kita kena ambil langkah keselamatan," katanya.
Terdahulu, Hannah meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan runtuhan di Bukit Tunku bersama beberapa agensi antaranya Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)
Pemerhatian Astro AWANI di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja memasang kanvas sedang giat dijalankan.
Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas MACA dan IIM dipindahkan selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.
Kejadian yang melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.
Fareez Azman
Wed Apr 26 2023
Hannah melawat kawasan runtuhan di Bukit Tunku untuk mendapatkan perkembangan terkini kejadian berkenaan, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan lebat di Pakistan ragut 29 nyawa, 50 cedera
Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas.
4 maut, 6 cedera dalam insiden tanah runtuh di timur Indonesia
Tanah runtuh di Bastem Utara kira-kira 9 pagi waktu tempatan itu disebabkan oleh hujan lebat yang melanda pada petang Ahad.