KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Beliau berkata penganjuran mana-mana program perlu mengambil kira kemajmukan kaum dan agama yang terdapat di negara ini.
"Kerangka Malaysia Madani adalah untuk menyantuni semua rakyat di seluruh Malaysia ... kerajaan kita tidak ada program-program seperti yang dikatakan tadi dan Malaysia Madani tidak akan teruskan dengan program yang tidak sihat itu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu pendirian kerajaan berkenaan penganjuran program melibatkan kumpulan Thai Hot Guy di sebuah premis di ibu negara pada 30 Mac ini dan meminta ia dibatalkan.
Semalam, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas menerusi Facebooknya mendesak penganjuran program itu dibatalkan kerana menyifatkan tiada keperluan acara sedemikian diadadakan terutamanya pada bulan Ramadan.
Pada Ahad lepas, sebuah premis di ibu negara menyiarkan poster pelancarannya dalam media sosial menampilkan persembahan oleh pelayan lelaki berbadan sasa berpakaian wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy sekali gus mengundang reaksi negatif orang ramai.
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu mekanisme dalam menjadikan konsep Madani ke dalam dasar negara dan bukan slogan semata-mata, Wilson berkata Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) sedang giat menyediakan draf Manhaj Membangun Malaysia Madani.
Beliau berkata ia akan dijadikan sebagai rujukan (blueprint) dalam membentuk dasar dan pelan strategi yang lengkap bagi mencapai hasrat kerajaan dalam membela golongan sasar dan memperkasakan di samping mempertingkatkan daya saing serta memperkukuh daya tahan negara.
"Penggubalan semua dasar kerajaan berdasarkan kepada teras strategik di bawah Kerangka Membangun Malaysia Madani yang mencakupi tiga teras strategik utama di atas dan turut bersandarkan kepada lima dasar utama iaitu Rancangan Malaysia, Bajet Tahunan, Pelan Antirasuah dan Tatakelola, Maqasid Syariah dan juga Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
"Ini semua akan diterjemahkan melalui penggemblengan tenaga daripada penglibatan semua kementerian, jabatan dan agensi dalam pelaksanaan projek-projek Ikhtiar Bitara Madani sama ada dalam jangka pendek, sederhana mahupun jangka panjang bersandarkan kepada fungsi yang unik dan berbeza di setiap kementerian.
"Ia akan menjadi medium untuk konsep Malaysia Madani bukan sahaja lebih difahami, malah juga dapat dinikmati manfaatnya oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Wilson Ugak Kumbong berkata penganjuran mana-mana program perlu mengambil kira kemajmukan kaum dan agama yang terdapat di negara ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.
Thai Hot Guy: 'KDN akan siasat, tidak wajar diteruskan' - Saifuddin
Tindakan sebuah bar yang menggunakan kumpulan Thai Hot Guy sehingga menyebabkan pelbagai reaksi masyarakat, hendaklah tidak diteruskan.
Bar jemput 'Thai Hot Guy' tiada lesen hiburan, lesen restoran tamat tempoh
DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan.
Program Thai Hot Guy: Pemuda UMNO buat laporan polis hari ini
Acara yang dijangka diadakan pada 30 Mac itu turut mendapat bantahan daripada Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.