KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan, sebaliknya orang ramai boleh hadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat, kata Ketua Pengarahnya Zamri Misman.
Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa akaun di platform media sosial yang menawarkan khidmat berbayar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh JPN.
Katanya pihak tidak bertanggungjawab itu didapati memanipulasi platform media sosial untuk memperdaya orang awam terutamanya pendatang asing yang baru tiba dan tidak memahami prosedur rasmi pemilikan dokumen pengenalan diri di Malaysia.
"Akaun yang diwujudkan menggunakan poster dan gambar rasmi JPN yang boleh didapati secara umum di internet.
"Hasil risikan mendapati modus operandi sindiket ini bermula dengan memaparkan hantaran di Facebook yang menawarkan perkhidmatan menguruskan permohonan di JPN dengan kadar bayaran tertentu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zamri berkata hantaran-hantaran itu dipaparkan dalam tempoh jangka masa yang pendek, bagi mengelakkan kegiatan ini dihidu oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata selain mengeluarkan poster peringatan berkaitan scammer di media sosial rasmi JPN, pihaknya juga sentiasa memantau dan melakukan risikan ke atas halaman atau akaun media sosial yang didapati cuba menipu masyarakat dengan menggunakan nama jabatan itu.
"Pengguna media sosial boleh mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berwajib terhadap sebarang halaman yang meragukan dan bertentangan dengan garis panduan komuniti platform media sosial berkenaan bagi mengelakkan lebih ramai pihak terpedaya.
Orang ramai boleh merujuk soalan-soalan lazim di laman web rasmi JPN melalui pautan www.jpn.gov.my/my/soalan-lazim/soalan-lazim atau hubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Zamri berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa akaun di platform media sosial yang menawarkan khidmat berbayar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh JPN. - Gambar fail/Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.
Sistem PADU: Tiba-tiba semua jadi 'terpaling data’ - Rafizi
Jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai akta tersendiri dalam mengendalikan data awam.
JPN cetak 160,000 MyKid, serah kepada pemohon berperingkat - KDN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencetak 160,000 kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tertunggak sejak Oktober lepas.
Tiada ejen atau orang tengah untuk urusan JPN
Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai ejen atau orang tengah untuk mewakilinya bagi setiap urusniaga dan perkhidmatan.