SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima maklumat terdapat insiden pembuangan sisa minyak hitam di Sungai Langat iaitu kira-kira dua kilometer dari muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batu 11 Cheras pada petang Sabtu.
LUAS dalam kenyataannya memaklumkan, siasatan ke lokasi pertama iaitu 500 meter dari muka sauk mendapati tiada sebarang kesan minyak atau bau 'abnormal' ditemukan.
Menurutnya, LUAS dengan kerjasama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kemudiannya meneruskan siasatan sehingga ke hulu Sungai Langat.
"Hasil siasatan juga mendapati tiada bau abnormal dikesan di muka sauk berkenaan dan insiden berkenaan tidak memberi kesan signifikan kepada operasi LRA," katanya dalam kenyataan di Facebook LUAS pada Ahad.
Justeru kenyataan itu memberitahu, LUAS meneruskan pemantauan 24 jam tanpa henti bagi memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini sentiasa terjamin dan terpulihara.
Kata kenyataan itu, LUAS meminta semua pihak termasuk masyarakat mengambil pendekatan penglibatan bersama memulihara persekitaran sumber air.
"Kelalaian atau perbuatan negatif dengan menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai tempat pembuangan atau pelupusan boleh mengundang ancaman kepada kelancaran fungsi loji-loji rawatan air di negeri ini dan seterusnya gangguan bekalan air terawat," ujar kenyataan terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 17 2022
Siasatan LUAS dan Air Selangor mendapati tiada sebarang kesan minyak atau bau 'abnormal' ditemukan di hulu Sungai Langat pada Sabtu. - Sinar Harian
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kebakaran pusat perindustrian, LUAS pantau kualiti air Sungai Langat
LUAS masih melakukan pemantauan dan pensampelan pada kekerapan setiap 30 minit di beberapa lokasi berpotensi di Sungai Langat susulan insiden kebakaran kilang.
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat
Siasatan mendapati mayat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang berasal dari Kuala Selangor dan bekerja sebagai pemandu lori.
Suspek kes pembuangan haram sisa kimia di rizab Sungai Langat diberkas
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis telah memberkas suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan haram sisa kimia di rizab Sungai Langat, Kajang.
Dua insiden pencemaran dikesan awal, operasi LRA tidak terjejas
Selangor berjaya mengatasi dua insiden pencemaran sumber air yang dikesan berlaku di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat semalam bagi mengelakkan loji rawatan air (LRA) dihenti tugas.
Sungai Klang bakal jadi sumber bekalan air rakyat Selangor
Sungai Klang disasarkan untuk menjadi antara sumber bekalan air bagi kegunaan rakyat Selangor pada masa hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
244 kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur alami gangguan bekalan air
Ini ekoran kerosakan pam air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada Sabtu pagi.