KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan sentiasa melindungi keperluan serta kesejahteraan persaraan rakyat Malaysia pada masa hadapan dan dengan itu, tidak menggalakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tujuan lain.
KWSP dalam satu kenyataan pada Selasa menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian pengeluaran simpanan KWSP di bawah skim i-Citra.
BACA: KWSP komited bantu ahli bina semula simpanan dan jamin masa depan persaraan
“KWSP merupakan sebuah dana persaraan yang diberi mandat bagi melindungi simpanan ahli untuk keperluan dan kesejahteraan masa depan persaraan mereka,” tambahnya.
Ditubuhkan sejak 1951, KWSP adalah tertakluk di bawah Akta KWSP 1991, yang menetapkan bahawa Akaun 1 (70 peratus simpanan) ditetapkan bagi persaraan, manakala Akaun 2 (30 peratus simpanan) adalah untuk pengeluaran lain-lain yang dibenarkan bagi menjamin masa depan persaraan yang lebih cerah.
“Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” tegas kumpulan wang persaraan itu.
BACA: Pengeluaran caruman secara besar-besaran akan jejas pasaran negara - KWSP
KWSP berbesar hati dengan pendirian beberapa kesatuan negara seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), yang telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja-pekerja di Malaysia serta mahukan pemberhentian pengeluaran khas simpanan KWSP.
Oleh yang demikian, KWSP, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLIC/GLC (GDRN) telah menawarkan sokongan melalui sumber di bawah keupayaannya termasuk peruntukan RM10 juta yang diperoleh daripada penjimatan melalui perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan oleh KWSP.
KWSP ingin menegaskan bahawa tiada kesan material ke atas dana atau pulangan ahli kerana bantuan tersebut datang daripada perbelanjaan operasi yang telah diperuntukkan.
Sokongan itu akan disalurkan melalui sumbangan berbentuk barangan yang diperlukan oleh mereka yang terjejas dan disalurkan melalui pertubuhan amal yang berkredibiliti. - Bernama
Bernama
Tue Dec 28 2021
Tiada pengeluaran KWSP bagi mangsa banjir
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
Malaysia-Gaza: Bantuan kontena Malaysia berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Waspada dan elak stres dalam cabaran cuaca panas
Pakar perubatan dan pakar kaunseling menasihatkan petugas dan bakal jemaah haji Malaysia supaya bersiap sedia dalam keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius yang bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan serta kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan serta emosi yang tidak stabil dalam kalangan jemaah.
#AWANI745
#AWANI745
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.
Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
SELANGOR FC telah menghantar surat kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memohon untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
KWSP terus menumpukan aset penjanaan tunai, tidak mempertimbangkan aset digital
Dana persaraan itu akan terus melabur dalam kelas-kelas aset berkaitan yang konsisten dengan strategi pelaburan berhematnya.
Akaun KWSP ketiga untuk kecemasan dilaksana April 2024 - Ahmad Maslan
Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024.
‘Buat apa kita buka Akaun 3 KWSP?’ - Ka Siong
Presiden MCA mempersoalkan cadangan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan
Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun hadapan.
KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM
Sasaran itu seiring dengan matlamatnya yang bertujuan membantu pencarumnya.
PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP
Ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara yang siap dibina pada Jun tahun lalu menempatkan lebih 2,200 kakitangan.
Khairy ingatkan KWSP untuk hari pencen
Menurut Khairy, rakyat Malaysia perlu berpandangan jauh sebelum meminta pengeluaran KWSP buat kali ketiga.
NGO minta kerajaan pertimbang benarkan pengeluaran kecemasan KWSP
Mereka menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.
KWSP, Petronas organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia - Ipsos
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2022.