KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal mematuhi undang-undang buruh dan imigresen serta sebarang aktiviti penipuan yang dilakukan majikan semasa Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata majikan dan agensi pekerjaan swasta yang melanggar undang-undang serta dasar dan arahan kerajaan berhubung permohonan dan pengambilan pekerja asing akan disenaraihitamkan.
"Masalah itu sedang diteliti dengan serius oleh kerajaan dan beberapa usaha telah diambil untuk menangani perkara ini.
"Kami juga membantu pekerja asing yang mengalami masalah akibat majikan menyalahgunakan RTK menerusi Program Pertukaran Majikan dan majikan baharu akan disaring oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen sebelum pekerja itu diserahkan kepada mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sivakumar berkata demikian dalam respons kepada laporan media pada Khamis, menyatakan Malaysia menghadapi lambakan pekerja asing yang besar akibat buruh paksa sistemik.
Menteri itu berkata kerajaan telah mengkaji semula program RTK yang telah dihentikan sejak 18 Mac lepas dan menyedari ada majikan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan sehingga menyebabkan kuota yang diluluskan melebihi keperluan sebenar majikan.
"Ini tidak dinafikan telah menyebabkan ramai pekerja asing menghadapi situasi menyukarkan iaitu tidak dibayar gaji, tidak diberi pekerjaan dan tidak disediakan penginapan yang kondusif mengikut undang-undang negara.
"Kerajaan telah membuat keputusan tiada lagi kelulusan bagi kuota baharu, dan ia akan menguruskan kemasukan pekerja berdasarkan kuota yang diluluskan bagi memastikan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak melebihi 2.4 juta menjelang 2025," katanya.
KKM ingin menjelaskan bahawa pengurusan pekerja asing di Malaysia adalah tertakluk kepada prinsip mengutamakan pekerja tempatan dan permintaan daripada majikan bergantung kepada keperluan sebenar mereka berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut sektor, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata majikan dan agensi pekerjaan swasta yang melanggar undang-undang serta dasar dan arahan kerajaan berhubung permohonan dan pengambilan pekerja asing akan disenaraihitamkan. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Fadhlina yakin melalui pendekatan itu, kes buli akan dapat ditangani dengan lebih berkesan khususnya apabila turut melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.
Operator syarikat digesa pantau pemandu lori patuhi peraturan jalan raya
"Kita mahu jalan yang digunakan oleh orang ramai selamat dan bukan tempat meragut nyawa."
KPDN periksa 942 premis perniagaan di seluruh negara sempena SHMMP Deepavali 2024
KPDN menjalankan 942 pemeriksaan ke atas premis perniagaan di seluruh negara, melibatkan 11 premis borong dan 931 kedai runcit dalam pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024.
Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISB
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISB) dipercepatkan.
GISB: Polis teruskan tindakan tegas, tahan beberapa lagi individu penting
PDRM hari ini meneruskan tindakan tegas dengan menahan beberapa lagi individu penting yang dikaitkan dengan GISB termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu.
MyCC kenakan penalti terhadap tujuh syarikat terlibat kartel tipuan bida
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM446,092.95 ke atas tujuh syarikat persendirian atas dakwaan penglibatan mereka dalam kartel tipuan bida.
Pemaju gagal siapkan projek ikut jadual akan disenarai hitam
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dengan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek di Pahang selepas lanjutan tempoh sebanyak tiga kali diberikan.
Masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan tegas halang Israel daripada teruskan genosid
Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara yang berfikiran sama untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Nelayan terlibat penjualan diesel bersubsidi akan dibatal kelayakan
Nelayan yang didapati terlibat dalam kegiatan menjual diesel di laut akan dibatalkan kelayakan subsidi, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.