CHUKAI: Pendidikan Tingkatan Enam yang memerlukan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bukan program akademik kelas kedua, malah ia setanding piawaian antarabangsa antara lain seperti Cambridge Assessment International Education.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.
"Ini saya nak beritahu anak-anak, kalau ada orang beritahu anak-anak tingkatan enam ini kelas kedua, tak layak masuk universiti, suruh dia jumpa Menteri Pendidikan... sebab ketika ini kita sedang angkat tingkatan enam ini untuk memastikan ia benar-benar jadi pilihan bagi yang mahukan pendidikan lebih berkualiti.
"STPM ini peperiksaan paling susah dalam negara, jadi memang kita nak angkat tingkatan enam ini (ke peringkat lebih tinggi)," katanya dalam program Bual Bicara Profesionalisme bersama pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai di sini hari ini.
Dalam pada itu, Fadhlina turut memuji pencapaian cemerlang pelajar STPM Terengganu yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 pada 2022, selain pencapaian semua A penuh meningkat daripada 64 kepada 112 orang, tahun lepas.
"Yang ini negeri lain tak boleh cabar Terengganu, macam mana boleh cemerlang lapan tahun berturut-turut dan ini mesti diraikan dan dijual kepada awam bahawa Terengganu memiliki pendidikan yang unggul dan menyeluruh bukan di Kemaman sahaja," katanya.
Menurut Fadhlina, kadar keciciran murid di Terengganu bagi peringkat sekolah rendah dan menengah juga lebih baik daripada kadar di peringkat nasional dengan tiada keciciran murid direkodkan di negeri itu berbanding 0.06 peratus di peringkat nasional bagi sekolah rendah dan 0.83 peratus, sekolah menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berucap pada Program Bual Bicara Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai hari ini. - Foto BERNAMA
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina
STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.
Kemasukan ke UA berdasarkan prinsip meritokrasi - KPT
Semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang.
Lepasan STPM boleh semak keputusan UA mulai hari ini
Keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 7 September 2023 pukul 12 tengah hari hingga 16 September 2023, jam 5 petang.
Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.
Tanya AI: Jaminan kerjaya atau bidang paling relevan? Ini kursus ijazah terbaik lepasan STPM
TAHUN 2023 menjadi tahun yang mencabar buat lepasan STPM dalam memilih bidang pengajian yang difikirkan terbaik dan relevan untuk membina kerjaya pada masa hadapan.
STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Seramai 1,184 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.
Keputusan STPM dikeluarkan Khamis ini
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.
STPM diiktiraf antarabangsa, tiada keperluan mansuh Tingkatan Enam - Fadhlina
Tiada keperluan untuk memansuhkan pendidikan Tingkatan Enam dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Permohonan UPUOnline dibuka bermula esok
Permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
59 calon STPM Pahang peroleh PNGK 4.0
Sejumlah 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.