awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiong Lai enggan layan Soi Lek

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
24/04/2014
10:18 MYT
Tiong Lai enggan layan Soi Lek
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. -Gambar Fail
MCA hari ini menegaskan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum Hudud dan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh kerajaan negeri Kelantan ke Parlimen tidak lama lagi, kata presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Tegas beliau, kenyataan bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menuduh kepemimpinan parti itu sebagai 'tidak berdaya dan lemah dalam membantah Hudud' sebagai tidak berasas.
Liow enggan menjawab kenyataan Chua secara langsung namun menegaskan pendirian MCA dari dahulu lagi adalah untuk tidak menerima pelaksanaan Hudud.
"Saya tidak faham kenapa Chua membuat kenyataan sebegitu. Saya tak hendak jawab kenyataannya, beliau boleh berkata apa sahaja.
"Saya memimpin parti ini dan saya bertanggungjawab untuk keputusan parti saya.
"Saya jelas tentang perkara ini dari dahulu lagi. Ia bukannya satu isu. Pendirian saya dan MCA tentang pelaksanaan Hudud tegas. Kami menolaknya.
"Sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, ahli MCA tidak akan menyokongnya," kata Liow kepada Astro AWANI.
Liow sebelum itu membuat kenyataan melalui Twitter mengenai Perlembagaan Persekutuan dan identiti negara ini yang sekular.
The Federal Constitution guarantees civil liberty and ensures the nation is a secular one.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) April 23, 2014
As such, MCA, Chinese chamber of commerce & NGOs reject all forms of extremism. We stand firm opposing hudud and theocratic state.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) April 23, 2014
Soi Lek dalam satu kenyataan pada Rabu meminta kepimpinan MCA berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menegaskan pendiriannya menentang Hudud dan memastikan Barisan Nasional memahaminya.
Menurut Soi Lek, MCA harus membawa isu itu ke peringkat Majlis Tertinggi BN.
Polemik Hudud timbul semula selepas kerajaan negeri Kelantan mengumumkan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan kepada pelaksanaan undang-undang jenayah Islam Hudud dan Qisas di negeri itu selewat-lewatnya tahun depan.
Soi Lek yakin sekiranya kesemua 21 ahli Parlimen PAS dan 88 Ahli Parlimen UMNO menyokongnya, ia hanya memerlukan tiga lagi undian untuk diluluskan di Parlimen.
Tiong Lai mengambil alih kepimpinan MCA daripada Soi Lek selepas menang pemilihan jawatan presiden parti walaupun beliau sering dikritik sebagai seorang yang lemah kerana sifat beliau yang lembut.
Topic Berkaitan
#BN
#hudud
#Kelantan
#MCA
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan