awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM usir bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/11/2020
02:58 MYT
TLDM usir bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara
Bot yang membawa lima awak-awak warga Indonesia itu didapati tidak memiliki nombor pendaftaran. - Foto TLDM
KUALA LUMPUR:Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir keluar sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh ke perairan negara kira-kira 25 batu nautika tenggara Pulau Perak, pada petang Isnin.
Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah yang sedang melaksanakan Op Benteng Laut dan Op Pejarak mengesan bot nelayan asing tersebut semasa melakukan rondaan di Selat Melaka Utara.
"Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan tidak memiliki nombor pendaftaran dan terdapat seramai lima orang awak-awak warga Indonesia di atasnya.
"Hanya seorang sahaja memiliki dokumen pengenalan diri warga Indonesia manakala selebihnya tiada.
"Selain itu, terdapat muatan terdiri daripada ikan pelbagai jenis dengan berat kira-kira 40 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Hampir 200 bot nelayan Indonesia diusir ceroboh perairan negara di Perak
BACA: Op Benteng: Maritim usir dua bot nelayan Indonesia di perairan Perak
BACA: Tiga bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM
Mengulas lanjut, Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot nelayan itu diiringi keluar dari perairan negara bagi memastikan pencerobohan tidak berlaku lagi.
"TLDM sentiasa memperkasa Op Benteng dengan kehadirian kapal TLDM yang beroperasi 24 jam bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan mengelakkan penularan pandemik COVID-19," jelasnya.
Topic Berkaitan
#TLDM
#Indonesia
#pati
#nelayan
#bot
#Malaysia
#COVID-19
#pandemik
#KD Laksamana Tan Pusmah
#kapal
#nelayan asing
#usir
#Op Benteng Laut
#Op PEJARAK
#Selat Melaka Utara
#dokumen pengenalan diri
#ikan
#awak-awak
#pencerobohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan