SEPANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM3,000 ke atas seorang pekerja stor yang mengaku menulis ancaman bom di atas bungkusan untuk penghantaran di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lepas.
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Dia didakwa sengaja menakutkan secara jenayah dengan menulis ayat ugutan 'Awas Jangan Campak Nanti Meletup!! Ini Boom!!' pada bungkusan kiriman seseorang di mesin pengimbas di Pusat Kargo KLIA pada 11.42 pagi 25 April lepas.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah memerintahkan Muhammad Razali menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap dan tambahan dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan. - Gambar hiasan
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
2 jet komersial patah balik selepas ancaman bom
Semua penumpang telah dipindahkan sejurus jet berkenaan mendarat.
Ketua Polis Johor sahkan turut terima e-mel ancaman bom
Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB.
Tiga premis kerajaan di Johor Bahru terima e-mel ancaman bom - Polis
ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.
Lapangan Terbang Basel ditutup akibat ancaman bom
Lapangan terbang itu terletak di Perancis di sempadan segitiga antara Perancis, Switzerland dan Jerman.
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terima ancaman bom
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu hari ini digemparkan dengan ancaman bungkusan menyerupai bom yang diletakkan di hadapan pagar kompleks berkenaan.
Hotel di Jalan Conlay terima ancaman bom
Polis mengesahkan sebuah hotel di Jalan Conlay di sini, menerima panggilan ancaman bom pada Sabtu.
Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom - Ahmad Dzaffir
Mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.