PUTRAJAYA:Sembilan kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian kini seramai 411 individu.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 12 Disember.

1. 1,937 kes baharu COVID-19 dikesan, jumlah keseluruhan kes kini 82,246 kes.

2. Sembilan kes kematian baharu dicatat, jumlah kes kematian kini ialah 411.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 13,751 kes.

4. 121 kes sedang dirawat di ICU, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM kesan pertambahan tiga kluster baharu.

BACA: COVID-19: 1,973 kes baharu, sembilan kes kematian