KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah kepada RM1.31 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2021 (TK2021) daripada RM1.38 bilion pada 2020, disebabkan terutamanya oleh susut nilai dan pelunasan daripada pelaburan perbelanjaan modal (CapEx).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, syarikat itu berkata perolehan hasil meningkat kepada RM9.20 bilion daripada RM8.97 bilion sebelum ini.
Bagi tempoh suku keempat sehingga 31 Dis, 2021 (S4 TK2021), Maxis merekodkan keuntungan bersih lebih rendah kepada RM289.0 juta daripada RM319.0 juta tahun ke tahun susulan pelaburan besar berterusan untuk memperkukuh rangkaian, penyelesaian perusahaan dan liputan gentian selain pengurangan penggunaan hayat spektrum yang membawa kepada peningkatan kos susut nilai dan pelunasan.
Hasil bagi suku tersebut meningkat sedikit kepada RM2.45 bilion daripada RM2.26 bilion bagi tempoh sama dalam tahun sebelumnya.
Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata strategi penumpuan dan ketangkasan kumpulan dalam persekitaran serba pantas juga membolehkan Maxis lebih berdaya tahan manakala kalangan pekerja memberi komitmen tinggi dalam menyokong keperluan pelanggan serta komuniti.
"Menerusi pelaburan berterusan dalam 'Rangkaian Kita' dan sokongan terhadap 'Rangkaian Malaysia,' kami komited untuk membawa bersama teknologi terbaik serta Rangkaian Menyeluruh bagi memastikan peningkatan kesalinghubungan semua individu, keluarga dan perniagaan di Malaysia berbanding sebelum ini," katanya.
Maxis merekodkan aliran tunai bebas operasi yang kukuh pada RM1.28 bilion dalam S4 TK2021, menokok 12.2 peratus tahun ke tahun berikutan pengurusan aliran tunai yang lebih berhemat serta peningkatan kecekapan daripada program modal kerja selain peruntukan perkhidmatan sejagat serta bayaran cukai yang rendah.
Malah, dengan sasaran memberi pengalaman terbaik untuk pelanggan, Maxis melabur modal kerja RM1.2 bilion bagi TK2021 dengan RM597 juta bagi suku keempat iaitu tertinggi bagi satu suku tunggal.
Menurut syarikat itu, pelaburan teresbut bagi memastikan prestasi tinggi Rangkaian Menyeluruh, penyelesaian perusahan serta komitmennya untuk Jalinan Digital Negara (JENDELA) termasuk 50,000 gentian-ke-rumah bagi TK2021.
Selain itu, Maxis juga telah melepasi semua sasaran komersial JENDELA bagi tahun lepas, mempercepat kapasiti mudah alih dan tetap dengan 54 tapak baharu, sebanyak 2,471 dinaik taraf dan 21,000 premis.
Bagi kemajuan masa depan, Maxis berkata ia turut mengikuti rapat serta meneliti impak pelancaran komersial 5G dan COVID-19 dan akan mengumumkan sebarang maklumat sekiranya sesuai.
Menurut syarikat itu, keputusan kewangan bagi tahun kewangan semasa akan turut mendapat impak daripada pelaksanaan Cukai Makmur yang diperkenalkan menerusi Bajet 2022 manakala keuntungan sebelum cukai melebihi RM100 juta akan dicukai pada kadar lebih tinggi sebanyak 33 peratus iaitu 9.0 peratus melebihi kadar cukai standard 24 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Strategi penumpuan dan ketangkasan kumpulan dalam persekitaran serba pantas juga membolehkan Maxis lebih berdaya tahan.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Mata ganjaran akan luput? Berhati-hati penipuan sasar pengguna Maxis
Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan.
Serangan siber: JPDP sahkan tiada ketirisan data peribadi Maxis
Jabatan Perlindungan Data Peribadi sahkan tiada sebarang ketirisan data peribadi berlaku susulan dakwaan serangan siber terhadap Maxis.
Maxis, Nokia umum kerjasama pacu ketersambungan generasi baharu
Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia perlind
Maxis, Google Cloud perluas kerjasama, integrasi GenAI dalam perkhidmatan
Maxis telah memperluas kerjasama strategik bersama Google Cloud dengan mengintegrasikan kecerdasan buatan generatif (GenAI) ke dalam aliran kerja dan penawaran perkhidmatannya.
Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.
Hasil perkhidmatan Maxis meningkat 1.8% tahun ke tahun
Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak empat sen sesaham untuk suku ketiga.
Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB - Fahmi Fadzil
Maxis bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Maxis dijangka meterai perjanjian capaian 5G tidak lama lagi - RHB IB
Maxis Bhd dijangka menandatangani perjanjian capaian (AA) 5G tidak lama lagi sekali gus mengorak laluan untuk pelancaran 5G komersial.
Maxis ulangi komitmen untuk tandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB
Maxis Bhd (Maxis) mengulangi komitmennya untuk menandatangani perjanjian akses 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka.