PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berpendirian tidak akan menyokong sebarang usaha menggantikan Kerajaan Perpaduan sekarang secara "tebuk atap", kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata pembentukan kerajaan sedia ada adalah hasil daripada perundingan yang sah dan ia perlu dikekalkan sehingga tamat tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan atau Parlimen dibubarkan.
"Selagi saya menjadi Presiden UPKO, saya tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana usaha yang cuba menggantikan kerajaan yang ditubuhkan atau dipilih selepas perundingan dan perbincangan yang sah untuk menubuhkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krimas di Pusat Kebudayaan Penampang di sini hari ini.
Turut berangkat hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kadamaian yakin perbuatan tebuk atap tidak akan berlaku termasuk di peringkat kerajaan negeri Sabah kerana beliau adalah antara wakil rakyat yang menghalang cubaan menggulingkan kerajaan negeri sebelum ini.
Katanya dalam usaha membangunkan infrastruktur, ekonomi dan tuntutan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan kestabilan politik negeri dan atas dasar itu sokongan penuh perlu diberikan kepada kepimpinan ketua menteri Sabah.
UPKO, yang merupakan sebuah parti dari Sabah, adalah sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PKR, DAP dan Amanah yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau tebuk atap tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak.
Anwar berkata dalam situasi politik semasa, pendirian Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu agak kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan dukungan parti utama di Sarawak iaitu GPS dan di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan memungkinkan perubahan kerajaan berlaku.
Semalam, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata gabungan parti itu kini fokus kepada usaha memulih serta membangunkan ekonomi untuk rakyat dan bukan menggantikan Kerajaan Perpaduan sedia ada melalui cara menukar sokongan atau tebuk atap.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 26 2023
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (dua, kiri) bersama Datuk Ewon Benedick (tiga, kiri) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas 2023 hari ini. - Foto Bernama
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Sambutan ulang tahun UPKO ke-30 pada Ogos ini - Ewon
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan parti itu pada 9 Ogos depan, kata Presidennya Datuk Ewon Benedick.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
UPKO tidak akan sokong sebarang usaha ganti kerajaan melalui "tebuk atap" - Ewon
UPKO berpendirian tidak akan menyokong sebarang usaha menggantikan Kerajaan Perpaduan sekarang secara "tebuk atap".
Autonomi PH Sabah harus dikekalkan - UPKO
Ewon Benedick berkata ia harus dikekalkan bagi membolehkan gabungan itu membuat sebarang keputusan demi kepentingan parti dan rakyat Sabah.
PH Sabah nafi laporan Musa Aman ketuai gabungan negeri
Pakatan Harapan (PH) Sabah menafikan laporan sebuah portal berita tempatan kononnya bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman bakal mengetuai gabungan politik itu.
Formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada Borneo dimuktamad dalam setahun
Jawatankuasa Teknikal MA63 setuju tetapkan tempoh satu tahun untuk memuktamadkan formula pemberian khas hasil Persekutuan kepada kerajaan negeri di Borneo.
UPKO beri jaminan kekal bersama Kerajaan Perpaduan
UPKO memberi jaminan akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Kelulusan Rang Undang-undang Antilompat Parti lebih penting - Ewon
Ia adalah lebih penting bagi melarang wakil rakyat keluar parti selepas pilihan raya berbanding pemansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.
Kalimah Allah: Cari pendamaian nasional, bukan 'menangguk di air keruh' - Madius Tangau
Semua pihak diseru agar mencari pendamaian nasional dalam kontroversi penggunaan Kalimah Allah dan bukannya menangguk di air keruh.
UPKO, PBRS fokus usaha bangunkan Sabah
Datuk Ewon Benedick dan Datuk Arthur Joseph Kurup akan menjalin kerjasama melalui kementerian masing-masing bagi pembangunan di negeri Sabah.