KUCHING: Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sedia untuk digunakan di kawasan luar bandar negeri itu.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pembahagian vaksin ini akan difokuskan kepada kawasan yang mencatatkan jumlah tertinggi penduduk pedalaman yang belum divaksin.
‘’Kita sudah menghantar ke beberapa tempat di luar bandar bermula dari 22,23 dan 24 September 2021 dan kita juga sudah menghantar ke beberapa bahagian supaya perancangan teliti boleh dilakukan.
‘’Misalnya, Miri kita bekalkan untuk masyarakat Penan di pedalaman dan kita juga memutuskan membekalkan untuk bahagian Limbang.
‘’Bahagian-bahagian lain juga ada membuat permohonan untuk dapatkan vaksin CanSino,’’ katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan pemberian vaksin remaja berusia 12 hingga 15 tahun di dewan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi Kuching pada Sabtu.
Selain itu, Uggah berkata, Sarawak akan terus memperkasakan usaha untuk meningkatkan jumlah penerima vaksin kepada seluruh populasi yang layak di negeri itu.
Malah bekalan vaksin di negeri itu adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan vaksinasi pelbagai peringkat umur baik warganegara ataupun sebaliknya.
‘’Apa yang paling penting adalah kiat memvaksin semua yang layak di seluruh negeri Sarawak sama ada dia warganegara atau warga asing.
‘’Kita nak pastikan ini kerana walau terdapat seorang yang tidak divaksin, dia masih mampu menjadi pembawa virus kepada orang lain,’’ tambahnya.
Untuk rekod setakat 24 September 2021, vaksinasi remaja di Sarawak berusia 16 dan 17 tahun telah mencapai 78 peratus atau 75,192 orang dan 8,320 orang untuk remaja berusia 12 ke 15 tahun.
Astro Awani
Sat Sep 25 2021
Jelas Uggah Sarawak akan terus memperkasakan usaha untuk meningkatkan jumlah penerima vaksin kepada seluruh populasi yang layak di negeri itu. FOTO: Astro AWANI
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.
Sarawak mungkin jadi negeri pertama laksana dos penggalak vaksin COVID-19 - Khairy
Sarawak mungkin akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19.
Imuniti kelompok di pedalaman Sarawak mampu dicapai penghujung Ogos ini - Abang Johari
86 peratus daripada lebih 33,000 penduduk di daerah Kanowit, Sibu sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Pelaksanaan Darurat secara bersasar wajar dipertimbang di Sarawak - MP Sibuti
Pemimpin kerajaan dan pembangkang di negeri Sarawak bersetuju sekiranya pelaksanaan darurat secara bersasar dilaksanakan di negeri itu bagi menangguhkan PRN-12 sekurang-kurangnya untuk enam bulan.
CanSino akan diberikan kepada warga pedalaman Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk memberikan vaksin jenis CanSino kepada penduduk di kawasan pedalaman.