awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Versi penuh' video seks Haziq Aziz dimuat naik ke laman lucah

Noor Aiman Haziq
Noor Aiman Haziq
26/06/2019
06:35 MYT
'Versi penuh' video seks Haziq Aziz dimuat naik ke laman lucah
Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini. -Foto daripada laman web lucah
Sebuah klip video baharu yang memaparkan aksi intim di antara bekas pegawai politik Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lelaki mirip seorang menteri telah dimuat naik ke laman web lucah hari ini.
Klip video berdurasi 9.10 minit itu dipercayai rakaman penuh yang memaparkan dua lelaki berbogel dan melakukan aksi intim yang tersebar sebelum ini.
Terdahulu, Haziq Abdullah mengaku melakukan aksi intim di dalam video itu dan mendakwa pasangannya merupakan seorang menteri Kabinet.
BACA: Haziq Aziz buat laporan polis
BACA: Polis sahkan terima laporan Haziq
BACA: Zuraida perlu hormati keputusan Biro Politik PKR
BACA: Video seks: Bibit perpecahan dalam PKR - Khairuddin
Menurutnya, insiden tersebut berlaku di sebuah hotel pada 11 Mei semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.
Dalam laporan polisnya, Haziq mengulangi tuduhan bahawa menteri itu telah menghantar setiausaha politik untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya.
Katanya, setiausaha politik itu memaksanya untuk menafikan dirinya dalam video tular itu dan memintanya untuk berbohong.
Haziq juga mendakwa dia diancam, diugut dan dimanipulasikan.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.
Terdahulu, versi pendek video tersebut berjudul “No way” telah dimuat naik ke YouTube pada Selasa, namun dipercayai diturunkan kerana melanggar polisi laman itu.
Topic Berkaitan
#aksi intim
#Haziq Abdullah
#klip video
#No way
#PKR
#Sandakan
#video penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan