KUALA LUMPUR: Satu sesi libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat dan wakil Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) serta Pakatan Harapan (PH) berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori telah diadakan di bangunan Parlimen semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan sesi libat urus itu adalah bagi membincangkan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan diperuntuk hukuman mati mandatori dan 23 kesalahan yang membawa hukuman mati dengan budi bicara mahkamah.
"Sebahagian daripada input serta pandangan Ahli Dewan Rakyat dan wakil yang hadir akan dilaksanakan dalam kajian lanjut fasa kedua pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori ini, antaranya merangkumi isu berkaitan pemenjaraan sepanjang hayat dan hukuman sebatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata turut dibincang semasa sesi itu ialah perkara dasar lain yang berbangkit antaranya status moratorium pelaksanaan hukuman mati terhadap 1,337 banduan yang telah dijatuhi hukuman mati.
Wan Junaidi berkata secara umumnya, Ahli Dewan Rakyat dan wakil parti politik yang hadir menyuarakan penghargaan kepada kerajaan atas kesungguhan menjayakan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori.
Beliau berkata sesi libat urus itu merupakan satu permulaan baik ke arah memastikan pembentangan kesemua pindaan akta yang terlibat pada persidangan Parlimen Oktober ini berjalan lancar.
"Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah positif dan progresif ke arah melaksanakan perubahan besar untuk polisi penghukuman di negara ini dan bagi memastikan penambahbaikan sistem perundangan serta keadilan Malaysia," katanya.
Wan Junaidi berkata sesi libat urus itu turut dihadiri pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Penjara Malaysia.
Pada 8 Jun lepas, kerajaan secara prinsipnya bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan dasar itu memberi kesan kepada 11 kesalahan yang diperuntuk hukuman mati mandatori selain satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati dengan budi bicara mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Wan Junaidi berkata secara umumnya, Ahli Dewan Rakyat dan wakil parti politik yang hadir menyuarakan penghargaan kepada kerajaan atas kesungguhan menjayakan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori. - Gambar fail/BERNAMA
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Penjawat awam lebih banyak peluang beli rumah sejajar dengan kenaikan gaji - Rehda
Rehda percaya bahawa kenaikan gaji penjawat awam boleh membawa kepada lebih banyak peluang untuk kumpulan itu membeli hartanah.
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Penulis perlu mengoptimumkan platform media sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama penulis di rumah GAPENA, di Bukit Petaling.
Dakwaan Subsidi: Walaupun ada perbincangan awal, tapi belum ada keputusan muktamad - PM
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
[TERKINI] Bapa dan dua anak lemas di sungai
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Jalan Genting Lama Batang Kali.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Penduduk Israel gesa Netanyahu terima gencatan senjata
Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv ketika pegawai Hamas bertemu pengantara Mesir dan Qatar di Kaherah, dan mendesak melakukan segala yang mungkin untuk membawa tebusan pulang.
Yaya Empire buktikan syarikat tempatan mampu tempa nama sebagai usahawan ‘perfume’ bertaraf antarabangsa
Yaya Empire adalah antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas berjaya meneroka pasaran luar Malaysia.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri, bukan rampas kuasa - Bung Mokhtar
Bung Moktar Radin berkata kehadiran UMNO ke negeri itu sejak 33 tahun lepas bukanlah hendak merampas kuasa, kerana UMNO Sabah diterajui rakyat Sabah sendiri.
Pejabat daerah mesti ‘buta warna’ agih bantuan banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar mengetepikan sentimen politik ketika mengagihkan bantuan banjir kepada rakyat.
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood
Wan Mahmood bercakap berdasarkan pengalaman beliau berkhidmat dalam beberapa PBT.
PKR perlu terus musyawarah dengan gabungan parti Kerajaan Perpaduan - Fadhlina
Kekuatan Kerajaan Perpaduan bukan hanya bersandarkan kepada PKR, malah turut melibatkan gabungan parti daripada beberapa parti politik yang lain.
Parti gesa kaji semula Akta Lompat Parti harus pinda perlembagaan masing-masing - Rafizi
Parti politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing-masing, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Polis tahan empat lelaki halang tugas penjawat awam
Polis menahan empat lelaki disyaki menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam operasi bersepadu di Tapak Projek Silver Valley Technology Park, Kanthan Baru, Chemor di sini hari ini.