ARAU: Polis menahan seorang wanita yang sedang sarat hamil sembilan bulan bersama kakak angkatnya, kerana dipercayai mencuri dua utas gelang tangan emas bernilai RM45,000 dari sebuah kedai emas di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima aduan pada 5.52 petang semalam, daripada seorang jurujual sebuah kedai emas di pekan Arau bahawa seorang wanita telah datang ke kedainya kerana ingin membeli barang kemas.
"Ketika kejadian, suspek yang mengandung sembilan bulan meminta untuk melihat dua utas gelang tangan emas, yang dipamerkan di dalam meja pameran.
"Dia melihat barang kemas tersebut lebih kurang selama 10 minit, sebelum bertindak melarikannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mohsin berkata soal siasat awal mendapati suspek berusia 29 tahun itu, mengaku telah mencuri gelang tangan itu dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal, yang dibawa oleh kakak angkatnya yang berusia 36 tahun, di hadapan kedai tersebut.
"Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan, dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan telah berjaya menemukan kesan cap jari suspek berusia 29 tahun," katanya.
Ahmad Mohsin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Beliau berkata suspek berusia 36 tahun direman selama tiga hari sehingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis. -Foto ihsan IPD ARAU
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Lelaki ugut bunuh isteri, dera guna lilin ditahan polis
Seorang lelaki yang mengugut untuk membunuh isterinya dan mendera wanita itu dengan menitiskan cecair lilin pada badannya, ditahan polis semalam di Kampung Alai, Gerik.
Pasangan kekasih disyaki curi gelang emas diberkas
Ujian air kencing ke atas pasangan tersebut didapati positif dadah jenis morfin, opiate dan benzo.
Wanita mengandung sembilan bulan curi gelang emas RM45,000
Suspek berusia 36 tahun direman tiga hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis.
Pemakaman Ratu Elizabeth II: Bidaan gelang terpakai cecah RM1,039
Ia selepas bidaan mencecah ribuan gelang disaksikan di pasaran edagang tersebut.
Nasom terima sumbangan RM20,000, hasil jualan gelang tangan
Ia hasil jualan gelang tangan buatan kanak-kanak autisme di beberapa acara tayangan khas dan pameran filem itu sejak 25 Ogos lepas.
Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas
Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.
Jururawat rugi lebih RM10,000 diperdaya beli barang kemas di laman sosial
Mangsa yang berusia 33 tahun mendakwa berminat membeli seutas gelang tangan yang diiklankan pada harga RM422.
Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial
Mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa telah terpedaya membeli seutas gelang tangan berharga RM4,600 seberat 21 gram yang diiklankan di media sosial Facebook, pada 10 Dis lepas.
Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Slim River diberkas
Lelaki berusia 29 tahun itu berjaya ditemui semula kira-kira jam 6 petang oleh sepasukan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran Petronas Slim River.
Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.