Pergerakan Wanita UMNO pada Ahad menyerahkan hasil kutipan sumbangan berjumlah RM261,286 serta dua utas gelang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menyediakan wang ikat jamin yang perlu dibayar pada Isnin dalam kes mahkamah yang dihadapi bekas perdana menteri dan bekas presiden UMNO itu.
Ia dikumpulkan oleh anggota Wanita UMNO di seluruh negara, kata ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO untuk membantu Datuk Seri Najib," katanya.
Rabu lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Najib mengaku tidak bersalah
BACA: Kes Najib: Perbicaraan ditetapkan Februari 2019
Beliau dibebaskan selepas dua anaknya membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan mahkamah. Ia turut membenarkan bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar pada hari pendakwaan dan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
NORAINI: Saya berasa amat bangga dan terharu dengan pengorbanan yang dilakukan anggota Wanita UMNO.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penganggur didakwa kemuka representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan representasi palsu berhubung pembelian skim pelaburan saham, 10 tahun lepas.
Lelaki dihadapkan ke mahkamah, pukul ibu guna rotan
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan ibunya dengan menggunakan rotan minggu lepas.
Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata
Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau.
Mahkamah Rayuan arah suri rumah mohon kurangkan ikat jamin di Mahkamah Tinggi
Seorang suri rumah yang didakwa membunuh pelayan restoran perlu kembali ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi memohon pengurangan jumlah ikat jamin yang ditetapkan sebanyak RM500,000.
Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
Mahkamah Pakistan benarkan Imran Khan diikat jamin
Mahkamah Pakistan pada Selasa membenarkan bekas perdana menteri Imran Khan diikat jamin sehingga bulan depan.
Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari
Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.
Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan Muhyiddin menyerahkan pasportnya.
Mahkamah Sepanyol tolak ikat jamin Dani Alves
Alves ditangkap di Barcelona bulan lalu selepas didakwa menyerang seorang wanita di dalam tandas sebuah kelab malam pada 30 Dis lalu.
SOSMA: Dua pelayan katering dibenar ikat jamin RM45,000
Mereka dibenarkan ikat jamin atas sebab pengecualian, iaitu seorang mempunyai masalah kesihatan dan seorang lagi ialah wanita.