JOHOR BAHRU: Kebanyakan jangkitan malaria yang dikesan di Pulau Pinang ketika ini berpunca daripada warga asing yang datang dari negara-negara Afrika.
Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa saringan kesihatan dijalankan ke atas pekerja-pekerja asing di negeri berkenaan.
Katanya, pihak majikan, khususnya, perlu memainkan peranan bagi memastikan usaha itu dapat dilaksanakan sepenuhnya yang bertujuan mengesan penularan jangkitan malaria sekali gus memeranginya di peringkat awal.
"Itu kita kena pastikan… jalankan saringan kesihatan sebelum kita ambil pekerja luar. Kebanyakan jangkitan malaria yang dibawa masuk dari Afrika dan saringan kesihatan itu amat penting. Kita boleh kenal pasti di peringkat awal,” kata Dr Noor Hisham.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat negeri Johor di Bandar Dato' Onn, di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, Pulau Pinang dilaporkan menghadapi masalah urban malaria berikutan kebanjiran warga asing di pelbagai sektor ekonomi yang tidak diketahui status kesihatan mereka.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kes langya, sejenis virus baharu yang menjangkiti segelintir penduduk di wilayah Shandong, China.
Katanya, ia merupakan jangkitan domestik di negara terbabit dan belum dilaporkan merebak secara global
Menurut Dr Noor Hisham, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai perkembangan perkara itu.
Astro Awani
Fri Aug 12 2022
Kebanyakan jangkitan malaria yang dikesan di Pulau Pinang ketika ini berpunca daripada warga asing yang datang dari negara-negara Afrika, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Cameroon lancar kempen vaksinasi malaria pertama di dunia
Dalam usaha menangani ancaman malaria yang berterusan, Cameroon pada Isnin memulakan kempen vaksinasi pertama di dunia terhadap penyakit itu.
Kes malaria meningkat 75 peratus di Terengganu
Daripada 21 kes dilaporkan, 20 kes merupakan malaria zoonotik manakala satu kes malaria import dari jangkitan manusia.
Ghana sahkan nyamuk Anopheles stephensi, vektor pembawa malaria baharu
Ghana mengesahkan buat kali pertama, nyamuk Anopheles stephensi sebagai vektor pembawa malaria baharu, menurut Perkhidmatan Kesihatan Ghana (GHS) Sabtu.
Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.
Warga asing dari Afrika punca malaria berjangkit di Pulau Pinang - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan gesa saringan kesihatan dijalankan ke atas pekerja-pekerja asing di Pulau Pinang.
Kes denggi meningkat di Labuan, satu kes malaria dilapor
Peringatan telah dikeluarkan kepada orang awam dan pemilik premis untuk memastikan pembuangan sisa pepejal yang berkesan.
Tindak balas global terhadap malaria terjejas akibat COVID-19 - WHO
Ia menyebabkan sejumlah 241 juta kes penyakit itu dilaporkan pada 2020, meningkat 14 juta daripada tahun sebelumnya.
EPL: Aubameyang pulih daripada penyakit malaria
Penyerang Gabon itu mendedahkan di media sosial semalam bahawa dia dijangkiti virus itu semasa rehat antarabangsa baru-baru ini.
Malaria: 'Fogging' bukan kaedah pencegahan yang efektif - Pakar
Nyamuk Anopheles aktif sepanjang malam, justeru fogging tidak begitu membantu atau berkesan dalam tempoh masa yang dimahukan.
Kes Malaria: MPAJ cadang tutup hutan berhampiran Taman Saga, Taman Bukit Hatamas
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bercadang menutup kawasan hutan berhampiran Taman Saga dan Taman Bukit Hatamas sekiranya kes malaria di kedua-dua kawasan itu meningkat dengan mendadak.