PENYANYI, komposer dan penerbit lagu, Faizal Tahir mengakui bahawa Yasin Sulaiman merupakan antara sahabat rapat yang berjaya mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik seperti apa yang dilihat oleh khalayak hari ini.
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.
“Banyak yang saya belajar daripada Yasin Sulaiman sepanjang kami bersahabat. Saya belajar tentang al-Quran, tadabbur dan hal yang berkaitan dengan kehidupan.
"Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan antara manusia yang banyak mengubah saya ke arah kebaikan.
“Masih ingat lagi ketika saya dan dia tinggal di kediaman yang sama, kami selalu menghabiskan masa berdua. Cuma apabila dia sudah berpindah, kami terus jarang bertemu.
“Sehinggalah beberapa hari sebelum dia ditahan, saya memang berniat nak jumpa dengan dia. Sebab sudah hampir setahun lebih tidak bersua muka.
"Malangnya, hasrat hati saya tidak kesampaian,” katanya kepada Gempak.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, "Alah Bisa" yang menampilkan rakan duet penyanyi Amira Othman di ibu kota pada Rabu.
Dalam pada itu, Faizal turut mendedahkan yang dia berasa sedih dengan apa yang terjadi terhadap sahabat baiknya itu.
“Saya cuba berhubung dengan dia tetapi tak dapat. Saya cuba hubungi peguamnya juga tidak berjaya, barangkali sibuk.
"Saya faham, waktu sebegini memang dia memerlukan sokongan rakan-rakan.
“Bila jadi macam ni sedihlah… Lillahitaala, dia merupakan manusia paling baik yang pernah jumpa. Hati dia bersih, dia tak pernah buruk sangka dan dia sangat suka tolong orang.
"Kalau orang tengok saya macam ni, yang saya dah lain, nama yang saya akan naikkan adalah nama Yasin.
“Bukan saya seorang sahaja yang jadi baik sebab dia, tapi saya percaya orang lain pun sama,” tutup Faizal.
Untuk rekod, pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis (ganja) yang diperoleh secara terus atau tidak langsung.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
BERITA BERKAITAN
Penyanyi nasyid Yasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja
Nama disebut Yasin Sulaiman, ini respons Syed Saddiq
"Ahli nasyid juga manusia biasa" - Raihan mohon jangan cepat jatuh hukum pada Yasin
Yasin perlu rawatan pakar psikiatri segera - Peguam
Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin
#solidarityforyasinsulaiman: Keluarga lancar tabung bantuan, biaya kos guaman
'Tuhan lepaskan aku dari rantai ini..' - Yasin tulis lagu di Penjara Sungai Buloh
Hadir sebutan kes Yasin, Syed Saddiq cadang pada kerajaan iktiraf kanabis sebagai penawar
Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Fri May 27 2022
Faizal Tahir (kiri) mengakui bahawa Yasin Sulaiman merupakan antara sahabat rapat yang berjaya mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik. -GEMPAK
Dua pesawat Japan Airlines berlanggar di lapangan terbang
Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan 503 menuju ke Lapangan Terbang Chitose Baru di Hokkaido, Sapporo telah dibatalkan.
Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.
Pertemuan PM Anwar-Kishida nilai kemajuan kerjasama Malaysia-Jepun
Menerusi pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dapat menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Jepun meliputi pelbagai bidang.
Shah Rukh Khan alami strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi.
KDN, AADK lancar kempen anti dadah tak payah, tak nak
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melancarkan Kempen Tak Payah, Tak Nak bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Khamis.
Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH
Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok.
Henti perbuatan mengkafir sesama umat Islam - Saifuddin
Masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
Pelajar didakwa pukul pengadil, KDA tunggu laporan penuh
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berhubung kekecohan seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu.
Pembantu Kastam Kanan di KLIA didakwa terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas 38 pertuduhan rasuah dengan nilai keseluruhan RM14,950 antara tahun 2017 hingga 2021.
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
Faizal Tahir adakan showcase, lelong barang peribadi demi Faith4Palestine - "Ini bukan acara hiburan semata-mata"
Akan ditampilkan, persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi.
Faizal Tahir dedah pernah lalui fasa 'hanyut' dan diri 'rock star'
Komposer dan penyanyi berkata dia menghargai dan mengambil pelajaran dalam setiap sepak terajang yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar artis tanah air.
Harga tiket konsert mahal, ini jawapan Faizal Tahir
Harga Tiket Konsert Mahal, Ini Jawapan Faizal Tahir - "Saya Pun Terkejut, Tapi Show Must Go On!"
Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.
'Nak murah panggil saya, jangan panggil Faizal Tahir' - Anas Tahir kecewa sering dimalukan
Anas mengaku berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.
'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.
Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.
"Lambat sikit hari ini, children, I'm so sorry" - Cara komunikasi Faizal Tahir, anak-anak raih pujian netizen
Penyanyi Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Bapa Faizal Tahir meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir dilaporkan telah meninggal dunia.
Majlis resepsi Syamel dan Ernie diserikan dengan single terbaharu 'Goodbye Hello'
Pasangan selebriti popular, Syamel dan Ernie Zakri muncul dengan single terbaharu mereka berjudul Goodbye Hello.