awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YB Syed Saddiq, rakyat Malaysia memang gemar cuti tambahan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
06/12/2018
12:46 MYT
YB Syed Saddiq, rakyat Malaysia memang gemar cuti tambahan
Keputusan yang diperoleh ini hasil daripada tinjauan di laman Twitter Syed Saddiq yang menunjukkan pilihan ya memperoleh 63 peratus undian, jauh mengatasi pilihan tidak yang hanya mendapat 37 peratus undian. - Twitter @SyedSaddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik 'Twitter Poll' berkaitan keputusan kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ICERD.
Berdasarkan undian tersebut, rata-rata netizen telah memilih untuk bersetuju dengan pengisytiharaan cuti peristiwa tersebut.
Keputusan yang diperoleh ini hasil daripada tinjauan di laman Twitter Syed Saddiq yang menunjukkan pilihan ‘ya’ memperoleh 63 peratus undian, jauh mengatasi pilihan ‘tidak’ yang hanya mendapat 37 peratus undian.
Undian maya itu melibatkan seramai 21,111 pengguna Twitter.
Adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan PAS-Kelantan untuk memberikan Cuti Peristiwa sempena Himpunan/Demonstrasi syukur kerana kerajaan Malaysia tidak tandatangani ICERD? Tolong RT.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 5, 2018
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata cuti peristiwa ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan penyokong parti itu yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga tingkah laku, dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin timbul.
Topic Berkaitan
#cuti
#ICERD
#Kelantan
#Malaysia
#Menteri Belia dan Sukan
#PAS
#Peristiwa
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Twitter poll
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan