Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah turun berkempen dalam pilihan raya umum ini dengan mengetengahkan slogan "dari rakyat, untuk rakyat".
Itulah slogan yang beliau ulang dalam setiap sesi bertemu dengan pengundi sejak kempen pilihan raya ini bermula lebih seminggu yang lalu.
"Moto saya ialah dari rakyat untuk rakyat. Saya juga rakyat biasa seperti anda semua. Saya akan cuba membantu sedaya mungkin. Undilah saya," gesa beliau kepada sekumpulan pengundi kaum India yang berhimpun di SMK Wangsa Maju Seksyen 2 baru-baru ini.
Sambutan yang diterima oleh Shafei agak hambar namun semangatnya tidak pudar untuk mendekati kumpulan pengundi itu termasuk cuba bertutur dalam bahasa Tamil.
Beliau menyapa mereka dengan menyebut "manakam" sedangkan perkataan yang betul ialah "vanakam" dan kesilapan itu menggeletikkan sesetengah hadirin, namun usahanya itu tidak boleh diremehkan.
Tidak lama berselang, lagu Tamil 'Antha Vanatha Pole' yang popular daripada filem 'Chinna Koundar' bergema jadi muzik latar membayangkan Shafie dianggap sebagai hero oleh masyarakat India.
Dalam satu sidang media kemudian, Shafie berkata, antara agendanya untuk penduduk Wangsa Maju ialah mengalihkan Uptown Kota Damansara ke satu lokasi lain dekat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Usaha itu katanya sudah mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Jika saya menang, saya juga akan menaik taraf Pasar Gombak dan membina Kompleks 1Malaysia. Hal lain yang menjadi perhatian saya ialah untuk memastikan taman asuhan kanak-kanak yang mencukupi di kawasan ini," jelas beliau.
N. Sivalingam, 42, Shafei ialah watak pemimpin yang beliau mahukan untuk mewakili penduduk di kawasan itu.
"Saya tidak pernah menyokong sesebuah parti. Saya menilai kualiti seseorang calon sebelum menyatakan sokongan kepada mereka.
"Shafei sudah bertungkus-lumus berkhidmat di Wangsa Maju hampir setiap hari meskipun sebelum hari penamaan calon. Beliau telah memenuhi keperluan kami.
"Saya ada seorang anak kelainan upaya dan Shafei telah membantu saya untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membantu mendapatkan kerusi roda untuk anak saya biarpun JKM sendiri tidak mengendahkan permohonan saya," katanya yang sudah menetap di Wangsa Maju sejak 12 tahun yang lalu.
Sementara itu, Pengerusi MIC Cawangan Wangsa Maju S. Mohan berkata, Shafei sudah memenuhi keperluan warga Wangsa Maju sejak empat tahun lepas.
"Kami tiada dewan yang sesuai untuk mengadakan sebarang majlis. Shafei telah memberi jaminan bahawa kami akan ada sebuah dewan yang dapat memuatkan 300 orang.
“Beliau juga sudah membantu membaik pulih 15 buah rumah di Kampung Sungai Merali. Kami percaya beliau akan terus membantu penduduk di sini,” katanya.
Tamil Selvi Karupannan yang akan mengundi buat kali pertama bagaimanapun ada kemahuan lain dan berpendapat, Shafie masih belum dapat menyakinkan dirinya untuk mengundi calon BN itu.
“Saya masih menilai antara Shafei dan calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan melihat kemampuan mereka untuk membantu masyarakat, sebelum memilih calon mana yang akan saya undi,” katanya.
Sementara itu, Kee Kwong yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi sama sibuk bertemu dengan pengundi di sekitar Wangsa Maju dengan gayanya yang bersahaja.
Beliau mendapat sambutan hangat daripada orang ramai semasa berkunjung ke pasar malam di Taman Melati untuk memperkenalkan diri dan menyebarkan risalah kempen.
Sesetengah pengunjung pasar malam itu turut melaungkan slogan "Ini Kalilah" sebagai tanda sokongan mereka.
“Tahap keselamatan di kawasan ini kurang memuaskan. Saya akan memperbaiki aspek keselamatan di sini sekiranya saya menang. Saya juga akan berusaha mengekalkan keharmonian kawasan ini.
“Jika (Pakatan Rakyat) menubuhkan kerajaan, kami akan pastikan kebebasan kepada akhbar. Ini bermakna, sekiranya kami melakukan sebarang kesilapan, akhbar mempunyai hak untuk mengkritik kami,” kata Kee Kwong dalam kempennya.
Zuraidah Md Kamsan, 41, yang menetap di Wangsa Maju sejak lapan tahun lalu berkata, kawasan itu memerlukan perhatian bukan saja soal keselamatan awam.
“Kami memerlukan kemudahan di kawasan ini. Ya, kita ada hampir kesemuanya tetapi sedikit perubahan mungkin lebih baik. Saya akan mengundi mereka yang mampu melaksanakannya,” katanya.
Seorang lagi penduduk Zaharudin Omar, 67, berkata beliau tidak mahu calon yang tidak setia kepada parti politiknya.
“Pada pilihan raya 2008, kami telah mengundi Wee Choo Keong daripada PKR tetapi dia kemudiannya memutuskan untuk menjadi calon bebas. Kami tidak mahu pemimpin seperti ini. Kami mahu pemimpin yang akan membantu masyarakat dan setia kepada partinya. Dr. Tan ialah orangnya,” ujar beliau.
Choo Keong, bekas ahli DAP yang menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) bertanding pada pilihan raya 2008 dengan tiket PKR.
Beliau menang kerusi Parlimen Wangsa Maju dengan majoriti tipis 150 undi mengalahkan calon BN, Yew Teong Look daripada MCA. Choo Keong secara rasmi menyertai PKR setahun kemudian.
Tetapi pada Mei 2010, beliau mengisytiharkan dirinya keluar parti dan jadi wakil rakyat bebas dengan alasan kesal terhadap cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor menangani isu perlombongan pasir.
Wangsa Maju merupakan kawasan kejiranan yang dibentuk pada 1984 dan merupakan bandar terbesar di Kuala Lumpur serta dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kolej, kompleks membeli belah dan stesen LRT.
Kawasan ini mempunyai 67,858 pengundi dengan majoriti 53 peratus pengundi Melayu dan baki 36 peratus pengundi Cina dan 8 peratus pengundi India.
T K Letchumy Tamboo
Thu May 02 2013
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
RUU penubuhan MCBA dijangka dibentang di Parlimen Julai ini
Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Parlimen pada Julai ini.
Pelan akses jalur lebar, barangan subsidi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai akses jalur lebar diutarakan Edwin Anak Banta (GPS-Selangau) kepada Menteri Komunikasi pada sesi soal jawab.
Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh YB Parit Buntar kepada Menteri Pendidikan.
Cadangan penambahbaikan Akta 711 dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - Azalina
Cadangan penambahbaikan bagi Akta 711 yang antara lain melibatkan mekanisme pemusatan penerimaan aduan kelakuan tidak wajar, dijadual untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
Isu kurma dari Israel dan subsidi telur antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Rosol minta menteri nyatakan apakah tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran terdapatnya kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia.
Isu kematian pelarian di pusat tahanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tentang laporan baru HRW yang mendakwa kerajaan menindas kumpulan pelarian di pusat tahanan.
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat - YDP Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia tidak boleh renggang dengan rakyat sebaliknya rakyat perlu diberi penjelasan mengenai peranan dan fungsi sebenar institusi itu.