KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Menurut pegawai media, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.
Mazlan berkata, beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.
"Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum," katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian, pada malam Sabtu.
Menurut Mazlan lagi, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.
"Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.
"Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara," katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Warisan Sipitang adalah antara pemimpin terawal dalam parti itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 03 2021
Yusof dikatakan mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya. - Gambar fail
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Tuntut pampasan 11 ADUN: 'Tindakan tidak masuk akal'
ADUN Sindumin itu berkata, beliau tidak tahu punca Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil tindakan itu.
Pemindahan Lapangan Terbang KK ke Kimanis ambil masa lima tahun - QSB
Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) ke Kimanis dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, kata Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob.
Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi Qhazanah Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Bhd berkuat kuasa serta-merta.
Politik Sabah: Saya sudah nasihatkan Bung Moktar - Yusof Yacob
Yusof berkata, cubaan merampas kuasa daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tetap dilakukan dan menyebabkan berlakunya pergolakan politik di negeri ini.
ADUN Sindumin sah sertai UMNO semula
Penyertaan beliau ke dalam UMNO diumumkan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Ahad.
Yusof Yacob beri bayangan mungkin bertanding PRU15
Beliau belum menyertai mana-mana parti politik selepas keluar dari Parti Warisan pada awal Oktober tahun lalu.
Yusof nafi tandatangan surat letak jawatan sebagai ADUN
Beliau membuat penafian itu berhubung satu surat bertarikh 8 Oktober lalu yang didakwa ditandatangani sebelum ditularkan di media sosial beberapa hari lalu.
Shafie Apdal dakwa ada unsur tawar-menawar hingga berlakunya keluar parti
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa terdapat unsur tawar-menawar yang dilakukan sesetengah pihak hingga menyebabkan berlakunya tindakan keluar parti.
Tiada presiden parti yang meredakan ahli keluar parti - Shafie Apdal
Parti Warisan (Warisan) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yacob susulan tindakan keluar parti yang dibuat pada Jumaat.
Sokongan ADUN Bebas kepada GRS bantu realisasi Pelan SMJ - Hajiji
Hajiji melihat sokongan semua ADUN Bebas kepada kerajaan GRS akan dapat membantu usaha merealisasikan hala tuju Pelan Sabah Maju Jaya.