KUALA LUMPUR:Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini disifatkan masih bingung dan tiada arah dalam menafsir corak pimpinannya sendiri kepada parti.
Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, Ahmad Zahid juga seakan-akan bingung dengan konsep jajaran serta pergerakan politik parti itu sendiri pada masa hadapan.
"Kalau hendak melihat kepada apa yang dibuat Perikatan Nasional (PN) dalam merancang, merencana strategi atau perancangan serta mengadakan persiapan berhadapan Piihan Raya Umum (PRU), kita kena akui PN berada di depan.
"Kita hendak lihat gerak kerja atau strategi UMNO, hari ini kita lihat bahawa UMNO sedang berhadapan krisis identiti.
"Kita lihat dalam UMNO ada golongan terbuka menyatakan bahawa mereka sedia bergerak solo, ada golongan yang mahu jalinkan kerjasama dengan parti di dalam PN dan ada satu pihak lagi diam-diam memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan PKR," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
BACA: PN perlu muafakat padu rebut kembali Selangor daripada PH - Pas
BACA: Azmin Ali umum struktur organisasi PN Selangor
Dr Achmad Dzariean berkata demikian ketika mengulas pembentukan Badan Perhubungan Negeri (BPN) PN Selangor baru-baru ini.
Pengerusi BPN PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengumumkan pembentukan struktur organisasinya untuk menjana kekuatan baharu dan memperkukuhkan keyakinan rakyat.
Menurutnya, PN Selangor komited menggembleng kekuatan setiap parti komponennya untuk mewakili kerencaman masyarakat dan kepelbagaian budaya di negeri berkenaan.
Dalam pada itu kata Dr Achmad Dzariean, apabila keadaan ini berlaku, UMNO membutikan mereka berhadapan krisis identiti.
"Pada ketika ini kita tidak tahu apa yang UMNO mahukan, adakah mereka hendak menjalinkan kerjasama parti dengan PN, bergerak solo atau menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP?
"Sungguhpun kita tahu ada usul untuk Perhimpunan Agung UMNO iaitu tiada kerjasama dengan PKR dan DAP tetapi parti kena mengambil kira pandangan Ahmad Zahid, UMNO perlu jajaran politik baharu.
"Namun kita tidak tahu apa maksudnya, adakah Ahmad Zahid hendak DAP, PKR atau bergerak dengan parti di dalam PN atau solo?
"Apakah sebenarnya jajaran politik baharu ini, kita tidak nampak mereka bersedia hendak berhadapan pada PRU akan datang," tegasnya.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 15 2021

Dr Achmad berkata, Ahmad Zahid juga seakan-akan bingung dengan konsep jajaran serta pergerakan politik parti itu sendiri pada masa hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI

Muhyiddin cekal tadbir negara menghadapi COVID-19
Tempoh setahun ini semestinya masa paling mencabar dalam kerjaya politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengambil alih pucuk kepimpinan ketika negara menghadapi pandemik COVID-19.

Pembukaan Sekolah | Kanak-kanak tahun 1 bersedia ke sekolah
Tanggal 1 Mac, kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu akhirnya akan merasai suasana di sekolah rendah. Tinjauan Astro AWANI di sekitar bandar Tawau, Sabah mendapati, mereka sedikit sebanyak memahami SOP yang perlu dipatuhi ketika berada di kawasan sekolah.
![[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19 [TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892942/40992816631614529767970_640x360.jpg)
[TERKINI] Vaksin COVID-19 | Kerajaan bakal laksana skim kecederaan COVID-19
Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan skim kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti yang sudah dilakukan beberapa negara lain. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Darurat | Darurat bukan untuk kekalkan jawatan PM
Perisytiharan darurat sama sekali tiada kaitan dengan politik atau untuk membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya langkah itu bagi membolehkan isu COVID-19 diuruskan secara berkesan dan segera.

COVID-19 | Tiada calon SPM di Kedah positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keseluruhan 29 ribu 936 calon di negeri itu didapati positif COVID-19 sepanjang minggu pertama peperiksaan berjalan sejak Isnin lalu. Bagaimanapun, pengarahnya Dr Fikri Ujang berkata, JKN Kedah bersama Kementerian Pendidikan akan terus melakukan pemantauan pematuhan SOP seperti saringan keatas calon-calon.

10 Berita Pilihan - (28 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Malaysia tawar insentif tarik pelabur, lagi strategi baharu ekonomi akan diumum - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelabur asing termasuk syarikat dalam senarai Fortune 500 terus menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Tun M yang sepatutnya ketuai PN, tiada siapa dapat baca fikirannya' - Marzuki
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk mengumumkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.

Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh', asalkan diterima akar umbi - Najib
Najib berkata, UMNO terbuka dengan semua pilihan, selagi ia diterima baik oleh pemimpin dan akar umbi.

Mahkamah minta bukti Zahid Hamidi hadir mesyuarat UMNO di Janda Baik, kebenaran rentas negeri
Ini bukan kali pertama perbicaraan bekas timbalan perdana menteri tersebut membabitkan dana Yayasan Akalbudi terpaksa ditangguhkan atas sebab sama.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya.

Demokrasi Malaysia telah 'dikafankan' selepas Parlimen digantung - Zahid Hamidi
Presiden UMNO tegaskan, penggantungan Parlimen juga menyebabkan suara rakyat yang dibawa oleh setiap Ahli Parlimen seolah-olah ditutup.

Zahid nafi UMNO pernah bincang wujudkan kerjasama dengan DAP
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan bahawa parti itu pernah berbincang untuk mengadakan kerjasama dengan DAP.

Zahid dedah pembentukan kerajaan PN berdasarkan satu undi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanyalah berdasarkan jumlah majoriti satu undi sahaja.

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO positif COVID-19
Beberapa pemimpin atasan UMNO dikhabarkan terus membuat ujian saringan selepas mendapat berita tersebut

Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.

UMNO Sabah tumpu usaha pacu ekonomi, membangun rakyat - Bung
UMNO Sabah yakin mampu untuk memacu ekonomi dan membangun rakyat melalui usaha bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).