Pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan akan bertanding pada pemilihan UMNO 30 Jun ini tanpa politik wang.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, Hizatul Isham Abdul Jalil berkata, beliau akan menawarkan pengalaman hampir 20 tahun dalam kerajaan, korporat, politik dan NGO kepada rakan-rakan seperjuangan.
Menurutnya, penawaran dirinya itu adalah sebagai tanda komitmen kepada UMNO di era kerajaan Pakatan Harapan termasuk menggunakan ‘idea dan semangat juang’ sebagai platform perjuangan.
“Jika berikan sokongan kepada saya, marilah kita sama-sama membuktikan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai idea baik dan semangat juang boleh maju dalam hirarki parti.
“Ini petanda UMNO masih boleh diselamatkan dan boleh kembali pada perjuangan asal ketika penubuhan parti 72 tahun dahulu dengan hanya berbekalkan idea bernas dan semangat juang yang jitu,” katanya.
Dia berkata, UMNO perlu menjadi pembangkang yang kuat dan berani memperjuangkan hak bangsa di ketikan orang lain memperjuangkan hak mereka dan mempertikaikan hak kita.
Namun, beliau bersetuju bahawa UMNO tidak mungkin boleh mengalahkan Pakatan Harapan dengan wang ringgit.
“Untuk mengukuhkan UMNO kita perlu idea dan hujah yang bernas dalam membawa isu permasalahan rakyat serta semangat juang yang kental.
“Jika kita bergantung kepada sumber kewangan untuk menang maka kita tidak akan berjaya menewaskan mereka kini.
"Jika wang menguasai parti, maka parti kita akan menjadi korup dan lemah, serta tidak bertahan lama,” katanya.
Sinar Harian
Sat Jun 09 2018
ISHAM: Jika kita bergantung kepada sumber kewangan untuk menang maka kita tidak akan berjaya menewaskan mereka kini. Foto Facebook
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.
PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.
Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.
Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.
Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.
PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
PRU15: Saya tetap dengan pendirian tidak bertanding - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau kekal dengan pendirian tidak bertanding pada PRU15 nanti.
Di manakah Khairy akan bertanding PRU15?
Sebelum ini khabar angin pernah bertiup kencang supaya Khairy bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya.