awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP ada agenda tersendiri jalin kerjasama dengan Tun Mahathir - Ali Rustam

Bernama
Bernama
06/03/2016
09:18 MYT
DAP ada agenda tersendiri jalin kerjasama dengan Tun Mahathir - Ali Rustam
ALI: Sehubungan itu, ahli-ahli UMNO dan rakyat diharap tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh.- Gambar fail
DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri apabila mengambil langkah bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata beliau sangsi kerjasama itu mampu membawa kebaikan kepada negara.
"Sehubungan itu, ahli-ahli parti (UMNO) dan rakyat diharap tidak terpengaruh dengan gerakan DAP dan Tun Dr Mahathir, masih banyak tanda tanya mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan Dr Mahathir yang sebelum ini mereka lihat sebagai musuh," katanya menerusi kenyataan SMS kepada Bernama di sini hari ini.
Jumaat lepas, Tun Dr Mahathir bersama 50 orang termasuk Lim menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.
BACA : Azmin akui 'gerakan undur Najib' berdepan cabaran
BACA : Deklarasi Rakyat bukan untuk jatuhkan BN - Mukhriz Mahathir
Mohd Ali berkata dalam kerjasama tersebut tindakan Dr Mahathir bersama penyokongnya lebih memenuhi kehendak DAP dan ini perlu ditolak kerana tindakan menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui perundangan dan proses demokrasi adalah tidak sah.
"Sistem demokrasi harus dipertahankan, kerajaan dan perdana menteri dipilih menerusi peti undi bukan dengan cara penggulingan atau demonstrasi jalanan.
Sehubungan itu, saya dan UMNO Bahagian Bukit Katil (diketuai Mohd Ali) menyokong penuh kepimpinan Najib dan menolak gerakan DAP bersama Dr Mahathir, katanya.
Topic Berkaitan
#DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan