Keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan DAP mengambil keputusan untuk keluar dilihat langkah awal yang memungkinkan penubuhan parti khusus untuk orang Cina.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, DAP berkemungkinan akan memanggil MCA serta Gerakan yang berada di dalam Barisan Nasional (BN) untuk bersama mereka dalam penubuhan pakatan baharu.

"DAP sudah tidak mahu berkawan lagi dengan PAS dan PKR. Walaupun DAP sedar mereka tidak pernah mendapat banyak kerusi sebelum bersama Pakatan rakyat, ini masa mereka mencari kawan baru demi kuasa.

"DAP akan memikirkan kedudukan mereka di Pulau Pinang terutamanya di Selangor dan Perak. Inilah masanya DAP beraksi dan membuktikan mereka boleh pergi lebih jauh dengan semangat Cina mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Walaupun DAP sedar mereka tidak pernah mendapat banyak kerusi sebelum bersama Pakatan rakyat, ini masa mereka mencari kawan baru demi kuasa.

Dr Ahmad Atory mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

BACA: Pakatan Rakyat sudah berkubur - Guan Eng

BACA: DAP lah habis, Pakatan Rakyat belum habis - Nik Abduh

Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, dia masih yakin dengan kewujudan Pakatan Rakyat meskipun sekutunya DAP sudah mengisytiharkan gabungan itu tidak lagi wujud.

Katanya, keputusan yang dibuat DAP itu merupakan keputusannya sendiri dan ianya tidak menyebabkan pembubaran Pakatan Rakyat.

BACA: PKR belum buat keputusan tentang kemelut Pakatan Rakyat

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung gelora yang melanda Pakatan Rakyat.

Jelas Dr Ahmad Atory, DAP kini mahu mencari pengaruh baru dengan memujuk MCA dan Gerakan supaya menyertai mereka.

"Kita tahu ramai orang Cina yang menyokong DAP. Walaupun pada dasarnya mereka adalah ahli MCA atau Gerakan, umum sedia tahu mereka memberi undi kepada DAP semasa pilihan raya.

"MCA dan Gerakan sebenarnya sudah tidak ada kuasa, lebih 90 peratus Cina sudah menyatakan sokongan kepada DAP.

"Orang Melayu juga ada yang menyokong DAP. Lebih 50 calon DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas juga merupakan orang Melayu," ujarnya.

BACA: Pak Samad sertai DAP untuk zahirkan perjuangan yang sebelum ini hanya melalui puisi

Sebelum ini, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said atau lebih dikenali dengan nama 'Pak Samad' disahkan menjadi anggota parti DAP hari.

Tegas Pak Samad, penyertaannya ke dalam DAP adalah untuk menzahirkan perjuangannya yang sebelum ini hanya dilontarkan menerusi bait-bait puisi.