awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal

Fareez Azman
Fareez Azman
30/07/2020
05:00 MYT
DUN Sabah bubar: Ini 10 perkara anda perlu tahu dari sidang akhbar Shafie Apdal
Mohd Shafie mengumumkan Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan pembubaran DUN Sabah. - Foto Astro AWANI
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan selepas mendapat perakuan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin pagi Khamis.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam sidang media pada Khamis. Ini antara perkara penting dalam sidang media itu:
1) Mohd Shafie diperkenan mengadap TYT Negeri Sabah pada 11 malam Rabu.
2) TYT Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin memperaku permohonan Shafie pada pagi Khamis untuk membubar DUN Sabah.
3) Mohd Shafie menegaskan beliau mempunyai Akuan Bersumpah (SD) daripada 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
4) Keputusan bubar DUN diambil selepas ada pihak dari Kuala Lumpur kerap datang ke negeri itu dan menganggu gugat kepimpinan negeri.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Dewan Undangan Negeri Sabah bubar
5) Mohd Shafie mengakui masih lagi Ketua Menteri caretaker dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.
6) Mohd Shafie mengingatkan agar rakyat Sabah memilih dengan tepat sama ada Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Bung Mokhtar, Hajiji Mohd Nor, Datuk Seri Anifah Aman atau Shafie Apdal.
7) Mohd Shafie menjelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.
8) Mohd Shafie turut berkata persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dibuat.
9) Mohd Shafie turut mengakui ada ADUN yang 'dibeli', 'terbeli', dijanjikan jawatan oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada kemelut politik di negeri itu.
10) Mohd Shafie menyedari cabaran jika Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Anifah Aman
#COVID-19
#Dewan Undangan Negeri
#Ketua Menteri
#Kuala Lumpur
#Media
#Mohd Shafie Apdal
#Musa Aman
#pembubaran DUN
#pilihan raya negeri
#PRN
#Sabah Memilih
#Shafie Apdal
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan