awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Peter Anthony tubuh parti baharu mesra kerajaan kukuhkan GRS - Hajiji

Bernama
Bernama
05/01/2022
23:48 MYT
Hasrat Peter Anthony tubuh parti baharu mesra kerajaan kukuhkan GRS - Hajiji
Hajiji (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Kota Marudu ketika melakukan lawatan di daerah itu, 5 Jan 2022. --fotoBERNAMA
KOTA MARUDU: Hasrat bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony menubuhkan parti baharu mesra kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengukuhkan lagi gabungan itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu merupakan perkembangan baik yang akan mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri.
"Itu dia punya (keputusan). Kita mengamalkan demokrasi dan beliau telah membuat keputusan demikian untuk menubuhkan parti baharu yang mesra dengan kerajaan GRS.
"Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini satu perkembangan yang baik kerana akan menguatkan lagi kerajaan negeri. Jadi, kita berterima kasihlah," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa banjir di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Peter untuk menubuhkan parti baharu selepas keluar daripada Warisan, baru-baru ini.
BACA: Keputusan tubuh parti baharu diteruskan - Peter Anthony
BACA: Sah, giliran Peter Anthony tinggalkan Warisan, bakal tubuh parti tempatan baharu
BACA: Peter Anthony lantik peguam baharu
Ditanya sama ada Peter sudah menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat itu, Hajiji berkata: "belum lagi."
Pada 28 Dis lepas, Peter mengumumkan keluar Warisan dan menyatakan hasrat menubuhkan parti yang akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah pimpinan GRS demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah selepas melihat Warisan jauh tersasar dalam perjuangan apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peter Anthony
#parti baharu mesra kerajaan
#GRS
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan