Ketua Pemuda UMNO Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang.
Foto mereka yang sama-sama di lokasi tersebut mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung tersebar di media sosial.
Isnin lalu, rombongan Ahli Parlimen Kluang itu telah dihalang daripada memasuki kawasan Bazar Ramadan tersebut.
Rata-rata komen di media sosial menganggap tindakan Ketua Pemuda UMNO Kluang itu sebagai satu politik yang matang.
Sebelum ini, Khairul menyelar tindakan segelintir petugas yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang itu dari bazar tersebut.
“Kami dengan tegas dan lantang, mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadan Kluang adalah tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuka UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah di atas kapasiti individu,” katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bandar Kluang.
Astro Awani
Sun Jul 06 2014
Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
UMNO Johor hormati keputusan Khairul lepas jawatan
Menurut Mohamed Khaled, kepimpinan parti di peringkat negeri turut menghormati keputusan yang dibuat oleh Khairul.
Naib Ketua Pemuda UMNO Johor lepas semua jawatan parti
Khairul Anwar Rahmat ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuatkuasa 11 Julai ini.
#Nothing2Hide: 'Tidak salah jika Tun M wakili NGO yang diundang' - penganjur
Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata kad jemputan yang diberikan kepada NGO tidak ditulis dengan nama-nama individu tertentu.
#Nothing2Hide: Penganjur dakwa majlis gagal kerana campur tangan pegawai kanan Najib
Pengerusi SukaGuam, Khairul Anwar Rahmat mendakwa pegawai kanan Najib Razak yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program itu telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara.
Tarikh balik kenyataan: Isyarat kepada Presiden Majlis Peguam
Gesaan lebih 100 peguam supaya presiden Majlis Peguam menarik balik kenyataan berhubung keputusan mahkamah dalam kes liwat Anwar.
Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma
Setelah dihalau Isnin lalu, hari ini Ketua Pemuda UMNO Kluang mengajak Ahli Parlimen Kluang untuk sama-sama edar buah kurma dan bubur lambuk.
Keputusan perbicaraan pasangan rakyat M'sia di Sweden dijangka akhir Mac
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata perbicaraan pada Isnin ini bakal menyaksikan sepuluh saksi pendakwaan memberi keterangan.