awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jika dipilih, pukul 3 pagi pun saya sanggup turun jumpa rakyat" - Mohd Nabi Bux

Haider Yutim
Haider Yutim
24/05/2014
10:36 MYT
"Jika dipilih, pukul 3 pagi pun saya sanggup turun jumpa rakyat" - Mohd Nabi Bux
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - Gambar Fail
Calon bebas Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar berjanji akan sentiasa mendekati rakyat termasuk berjumpa dengan mereka biarpun pada jam 3.00 pagi.
“Saya bukan peguam, saya orang biasa dan saya boleh mendekati dengan rakyat dan rakyat pun boleh datang jumpa saya pada bila-bila masa… 2.00 pagi pun boleh 3.00 pagi pun boleh... saya akan turun. Itu saya berjanji,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi bertemu penduduk di Taman Tun Sardon hari ini.
Katanya sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor yang akan diadakan esok (Ahad), beliau akan membuka sebuah pusat khidmat wakil rakyat yang memudahkan penduduk berjumpa dengannya.
Beliau juga tekad akan sepenuh masa berkhidmat kepada rakyat, tidak seperti lawannya iaitu calon DAP, Ramkarpal Singh Deo yang katanya telah menghabiskan separuh masanya sebagai peguam.
Selain itu, Mohamed Nabi Bux turut mengkritik sikap sesetengah pemimpin PAS yang sering bercakap tentang perjuangan mereka di hadapan pengundi Melayu, tetapi ‘malu’ hendak bercakap tentang Hudud di hadapan pengundi Cina.
Dalam pada itu, beliau turut yakin dapat memenangi PRK tersebut kerana mendapat sokongan daripada orang Melayu dan juga kaum lain di kawasan Parlimen itu.
Katanya sokongan serta maklum balas yang diperolehi sepanjang kempennya mendapat reaksi yang amat positif dan baik.
Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor pada Ahad ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.
Ramkarpal Singh akan menentang Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan selain dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Abd. Sathar dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan.
Topic Berkaitan
#Bukit Gelugor
#DAP
#Mohamed Nabi Bux
#PAS
#PCM
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan