awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kayveas letak jawatan berkuat kuasa Isnin

Najib Aroff
Najib Aroff
25/04/2018
04:43 MYT
Kayveas letak jawatan berkuat kuasa Isnin
Melalui beberapa laman media sosial miliknya, Kayveas menyatakan peletakan jawatan beliau berkuatkuasa 23 April, 2018. - Gambar fail
Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP), Pengerusi myPPP Wilayah Persekutuan dan penasihat myPPP Perak.
Beliau membuat pengumuman tersebut melalui beberapa laman media sosial miliknya, menyatakan peletakan jawatan itu berkuatkuasa 23 April, 2018.
Tindakan tersebut diambil Kayveas menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Pahang yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pada Ahad, BN Pahang dijangka mengekalkan barisan calon boleh menang yang pernah bertanding pada PRU lalu.
Jawatankuasa Kerja Pusat MyPPP berkata, satu sidang media tergempar akan diadakan hari ini berhubung peletakan jawatan Kayveas.
Effective 23 April 2018, I have stepped down as the president of myPPP. Chairman of WP. Advisor to the state of Perak.
— MKayveas (@m_kayveas) April 25, 2018
Kayveas sebelum ini terlibat dalam perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang menurutnya harus dipulangkan semula kepada MyPPP.
Katanya, beliau sudah menanti selama 17 tahun untuk berkhidmat di kawasan itu yang terletak di negeri kelahirannya, Pahang.
BACA: M. Kayveas mahu bertanding di Cameron Highlands
Menurutnya, pada tahun 2000, Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah berjanji untuk memberikan kerusi Parlimen itu kepadanya.
Bagaimanapun, Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam menegaskan, kerusi Parlimen Cameron Highlands akan kekal milik MIC.
Pada PRU13, MIC bertanding kerusi Cameron Highlands, diwakili Datuk Seri G Palanivel, bekas Presiden MIC, yang kemudiannya mengumumkan keluar BN dan menjadi calon Bebas.
BACA: MIC nasihat Kayveas bertanding di Pagoh
BACA: Kerusi Cameron Highlands: Kayveas mahu selesai cara baik dengan MIC
Pada pilihan raya tahun 2013 itu, MyPPP bertanding di Parlimen Kepong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, DUN Kota Alam Shah, DUN Pasir Bedamar dan DUN Manik Urai.
Bagaimanapun, MyPPP tewas di semua lima kerusi berkenaan.
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#M Kayveas
#MalaysiaMemilih
#MyPPP
#PRU14
#Tan Sri M Kayveas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan