awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan campuran: Perlu perbincangan rapi - Pas

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2019
00:29 MYT
Kerajaan campuran: Perlu perbincangan rapi - Pas
Nasrudin bercakap pada Program Jelajah Penerangan Rakyat, di Merlimau Timur, di Jasin, malam tadi. - Astro AWANI
Pas mahu meneliti terlebih dahulu cadangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir parti pembangkang ketika ini.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, satu mesyuarat khas oleh pucuk pimpinan parti akan dibuat bagi membincangkan cadangan berkenaan, yang mungkin menimbulkan pelbagai reaksi, khususnya dalam kalangan ahli parti.
"Pas belum ada sebarang perbincangan. Kita akan tengok macamana bentuk cadangan tersebut. Jadi, kita perlu perbincangan lebih rapi. Tak boleh untuk terus binding (terikat).
"Kita kena bincang atau pun melihat dari pelbagai sudut supaya nanti kalau nak diterima, biarlah diterima dengan baik, dan kalau ditolak, ditolak dengan baik. Begitulah konsep kita," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Jelajah Penerangan Rakyat, di Merlimau Timur, di sini, malam tadi.
BACA: Pas dan UMNO nafi satu logo pada PRU15
Menurut Nasrudin, pucuk pimpinan Pas akan membuat keputusan mengenai cadangan berkenaan, termasuk membentangkannya pada Muktamar Tahunan parti itu yang dijadual diadakan hujung tahun ini.
Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu bercadang mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas ketika ini.
Katanya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada Pas baru-baru ini tetapi masih di peringkat cadangan sebelum perbincangan lanjut diadakan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerajaan campuran
#mesyuarat
#Mohamad Hasan
#Muktamar Tahunan
#Nasruddin Hassan
#PAS
#pucuk pimpinan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan