KUALA LUMPUR: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO disebabkan kecewa tidak dapat jawatan perdana menteri, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Nazri menegaskan kekecewaan bekas Presiden Parti Semangat 46 itu jelas kerana tidak ada ahli parlimen UMNO yang menyokong beliau untuk jawatan perdana menteri.
“Masa tandatangan surat sokongan dan ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, hanya 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Sepatutnya BN ada 42 tetapi saya difahamkan Ku Li calonkan nama beliau sendiri jadi kamk cuma 41 ahli parlimen.
BACA: Ku Li letak jawatan Pengerusi Lembaga Jemaah Penasihat UMNO
“Kerana hanya beliau menyokong dirinya untuk jawatan Perdana Menteri jadi tIdak dapatlah, jadi agaknya dia kecewa sebab itu letak jawatan pengerusi jemaah penasihat.
BACA: “Sepatutnya BN ada 42 tetapi saya difahamkan Ku Li calonkan nama beliau sendiri jadi kamk cuma 41 ahli parlimen.
“Jawatan itu pun cuma window dressing saja. Tidak ada nasihat beliau yang UMNO pakai,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Dewan Rakyat dilanda korupsi politik - Ku Li
Mengulas lanjut, Nazri menegaskan tindakan Tengku Razaleigh tidak mengejutkan kerana beberapa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mengambarkan beliau tidak bersama UMNO.
“Sebelum ini Ku Li minta untuk tempat beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran tempat duduk pembangkang. Kita nak tahu itu untuk apa?
“UMNO bersama kerajaan, kalau mahu duduk dekat dengan pembangkang adakah maknanya beliau sudah tidak bersama UMNO?” katanya.
Nazri turut mempertikaikan hasrat Tengku Razaleigh yang mahu menghidupkan kembali UMNO yang lama.
Beliau mendakwa UMNO yang lama diharamkan oleh Mahkamah kerana tindakan Tengku Razaleigh yang tewas pemilihan parti tahun 1987.
“Beliau perlu ingat, disebabkan tewas pemilihan itulah ada penyokong beliau yang bawa isu pemilihan ke mahkamah dan UMNO diharamkan.
“Malah beliau tidak bersama UMNO yang baru tetapi menubuhkan Parti Semangat 46 hingga kita tewas di Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.
“Jadi dia nak apa buktikan apa bila nak hidupkan UMNO yang lama? Nak jadi presiden? Kalau sayang UMNO sokong lah kerajaan yang UMNO terajui dan jadi perdana menteri,” katanya.
Pada Rabu, Tengku Razaleigh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.
Sehari sebelum itu, pada sidang medianya di Parlimen, Tengku Razaleigh menyatakan hasrat menghidupkan semula UMNO yang lama.
Astro Awani
Wed Sep 22 2021
Nazri turut mempertikaikan hasrat Tengku Razaleigh yang mahu menghidupkan kembali UMNO yang lama dan mendakwa UMNO yang lama diharamkan oleh Mahkamah kerana tindakan KuLi yang tewas pemilihan parti tahun 1987. - Foto Astro AWANI/SHAHI OMA
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Gua Musang, Pas terkejut pempetisyen pecat peguam
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Parlimen Gua Musang: Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, pegawai pengurus
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen terhadap SPR dan seorang pegawai SPR yang difailkan oleh wakil calon BN Gua Musang bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.
Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.
Petisyen pilihan raya Parlimen Gua Musang: Penyandang buat bantahan
Sesi notis bantahan itu akan difailkan oleh Mohd Faizi Che Abu dan Peguam Persekutuan, Tuan Mohammad Sallehuddin Md Ali.
Pengundi fail petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Wakil kepada Tengku Razaleigh memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan itu.
Wakil calon Parlimen Gua Musang fail petisyen cabar keputusan PRU15
Petisyen berkenaan antara lain meminta supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan.