Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menasihatkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib agar berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai kekecewaannya berada di dalam PAS.
Kata Dr Khir, Menteri Besar Selangor ke-11 itu juga disifatkan tidak pernah berfikir panjang sebelum melompat daripada UMNO ke parti PAS.
"Sekarang Mat Taib kecewa lagi, lain kali dia awal-awal lagi kena fikir dahulu sebelum buat keputusan untuk masuk PAS.
"Dia sudah pilih jalan itu, jadi dia kena fikirlah. Dia masuk PAS dahulu sebab kecewa dan tidak fikir semasak-masaknya tindakan itu. Sekarang dia kecewa lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: "Dulu saya minat PAS, sekarang tak sangat dah" - Mat Taib
Dr Khir mengulas kenyataan Muhammad yang kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS dan akan menunggu sehingga selesai muktamar parti itu sebelum membuat keputusan sama ada akan kekal atau keluar parti.
Bercakap dalam satu forum bertajuk "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" di Petaling Jaya pada Sabtu, Muhammad berkata pemimpin PAS yang ada sekarang tidak mempamerkan mereka mewakili semua kaum.
BACA: PAS akan kalah jika pilihan raya diadakan di Selangor - Mat Taib
Dalam pada itu kata Dr Khir, antara petua yang harus diingat di dalam politik adalah tidak membuat keputusan kerana kekecewaan.
"Saya sebelum ini sudah 'belajar' dengan PAS, hampir tiga tahun ikut kuliah mereka dan faham selok belok politik parti itu.
"Mat Taib buat keputusan berdasarkan mejoriti umum dan bukan pertimbangan diri semasa umum masuk PAS dahulu, sebagai ketua dia kena fikirlah. Masuk PAS sebab kecewa jadi beginilah," jelasnya.
BACA: Mat Taib harap kontroversi lampau dilupakan?
Dr Khir merupakan Menteri Besar Selangor ke-13 sebelum menyerahkan kerusi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Bagaimanapun, jawatan Abdul Khalid diambil alih Mohamed Azmin Ali pada 23 September lepas.
BACA: Mat Taib sertai PAS
Pada April 2013, Muhammad secara sah menyertai PAS dan berikrar akan membantu kempen parti Islam itu ke arah perubahan yang berlandaskan kepada roh Islam.
Kata Muhammad, dia masuk PAS bukan kerana mengejar jawatan ataupun untuk menjadi calon dalam pilihan raya dan kerana itu mahu pengumuman mengenainya dibuat selepas penamaan calon pada PRU lepas.
Wan Syamsul Amly
Sun May 24 2015
DR KHIR: 'Mat Taib, lain kali fikir dahulu sebelum masuk PAS' -Gambar fail
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
'Mat Taib, lain kali fikir dahulu sebelum masuk PAS' - Dr Khir
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menasihatkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib agar berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan tentang penglibatannya di dalam PAS.