awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir - Sumber

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/04/2021
08:39 MYT
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir - Sumber
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan, selepas ada parti dilapor tidak dapat hadir. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan.
Ia selepas ada parti komponen BN dilapor tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.
"Ini masih lagi spekulatif. Ia bukan isu korum. Korum mungkin cukup. Tetapi ia lebih kepada rasa hormat (courtesy) dalam kalangan komponen.
"Kita mahukan semua parti berada bersama dalam mesyuarat BN," kata sumber yang merupakan pemimpin kanan sebuah parti komponen BN ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Bagaimanapun, sehingga laporan ini dikeluarkan, Astro AWANI masih menunggu pengesahan sama ada mesyuarat tersebut diteruskan ataupun tidak.
Malaysiakini melaporkan, Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.
"Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu.
"Biar saya cakap dengan MCA dulu,kerana ada perubahan (pada agenda). Saya akan bercakap dengan Pengerusi BN dahulu," ujar beliau seperti dilapor Malaysiakini pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MIC
#MCA
#UMNO
#mesyuarat tertinggi BN
#Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional
#BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan