KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan malam ini dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman BN kepada media melalui sistem pesanan ringkas WhatsApp.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau sebab mengapa mesyuarat itu dibatalkan.

Difahamkan, Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran terlebih awal membatalkan kehadirannya kerana tidak sihat.

BACA: Mesyuarat Dewan Tertinggi BN batal? Ada parti tidak dapat hadir - Sumber

Seorang pemimpin sebuah parti komponen BN pula memaklumkan pembatalan itu atas rasa hormat dan perlu dihadiri oleh semua pemimpin komponen.